SR YSHHB rai 47 pelajar cemerlang PSR 2014

SR YSHHB rai 47 pelajar cemerlang PSR 2014

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Oleh Salawati Haji Yahya & Wani Roslan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Seramai 47 pelajar dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2014, telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Guru dan Pelajar Cemerlang yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, kelmarin.

Penyampaian anugerah kepada para pelajar berkenaan dan lapan guru PSR telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Haji Brahim bin Haji Ismail, selaku tetamu kehormat majlis.

Pengetua Sekolah Rendah YSHHB, Dayang Norbaini binti Haji Abdullah, semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya di majlis itu, berkata bahawa peratusan pelajar yang meraih 5A dalam tempoh lima tahun lalu telah menunjukkan peningkatan daripada 32 peratus dalam tahun 2010 kepada 46 peratus dalam tahun 2014.

“Tahun 2014 adalah tahun mencabar dan mendatangkan kepuasan, bukan sahaja dari segi penerusan perkembangan Sekolah Rendah YSHHB. Ia adalah tahun yang saya percaya sebenar-benarnya telah mentakrifkan kami sebagai sebuah masyarakat pembelajaran.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama pelajar dan guru-guru yang diraikan di majlis itu.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama pelajar dan guru-guru yang diraikan di majlis itu.
Salah seorang pelajar cemerlang menerima anugerah daripada tetamu kehormat.
Salah seorang pelajar cemerlang menerima anugerah daripada tetamu kehormat.

pg09_150506_d

pg09_150506_c

“Tahun apabila kami diuji sebagai individu dan secara keseluruhannya dan tahun apabila kami benar-benar bersatu, saling menyokong antara satu sama lain dan mengorak langkah untuk mewujudkan hubungan sebenar dengan masyarakat meluas,” ujarnya.

Antara matlamat majlis penyampaian anugerah ini adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada para guru dan pelajar yang telah berjaya meraih keputusan yang hebat dan pada waktu yang sama, untuk memberi dorongan kepada para pelajar Tahun 6, 2015 supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan lebih baik.

Majlis berkenaan juga diceriakan dengan pelbagai persembahan oleh para pelajar sekolah itu.