Sri Lanka akan ganti jet pejuang lapuk

Sri Lanka akan ganti jet pejuang lapuk

COLOMBO, 10 Ogos – Sri Lanka hari ini mengumumkan rancangan untuk menggantikan jet pejuangnya yang sudah berusia bagi mempertahankan sempadan maritimnya termasuk kawasan yang kaya sumber perikanan dengan lebih baik, tujuh tahun selepas perang pengikut faham pemisahan pulau itu berakhir.

Kabinet telah meluluskan cadangan Presiden Maithripala Sirisena bagi menarik minat pengilang global untuk menjual jet Sri Lanka, kata jurucakap kerajaan, Rajitha Senaratne.

“Matlamatnya adalah untuk membeli lapan pesawat udara jet pejuang pelbagai peranan yang berkaitan dengan senjata berdasarkan kerajaan-kekerajaan,” kata Senaratne, yang juga seorang menteri kabinet, memberitahu para wartawan.

Armada pesawat Sri Lanka seperti F-7 buatan China, MiG-27 era Soviet dan Kfir Israel, sudah pun berusia kira-kira 30 tahun dan nampak lapuk, menurut pakar.

Sri Lanka menggunakan kedua-dua jet MiG-27 dan Kfir untuk mengebom sasaran pemberontak di utara semasa kemuncak perang pemisah Tamil yang berakhir pada 2009.

Negara itu kehilangan sejumlah besar pesawat udara semasa pertempuran berdekad lamanya.

Peranan utama armada baru akan mempertahankan zon ekonomi eksklusif pulau itu yang terbentang kira-kira 200 nautika batu (370km) luar pantai, kata sumber kanan dalam kerajaan.

Kedua-dua negara jiran India dan pesaingnya, Pakistan berminat untuk menjual pesawat udara tempur ke pulau itu, katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA