Sri Lanka bakal adili penjenayah perang

Sri Lanka bakal adili penjenayah perang

COLOMBO, 2 Dis (Reuters) – Sri Lanka akan menubuhkan mahkamah khas dalam tempoh beberapa minggu akan datang untuk meneliti jenayah perang yang dikatakan dilakukan dalam fasa akhir konflik 26 tahun negara itu dengan pemberontak Tamil, seorang pegawai tertinggi yang bertanggung jawab bagi perdamaian itu berkata semalam.

Selepas dilantik pada Ogos lalu, kerajaan baru negara pulau itu membayangkan ia akan menerima rekomendasi PBB untuk menubuhkan proses pengadilan boleh dipercayai yang melibatkan hakim dan pendakwa luar.

“Mahkamah khas seharusnya memulakan tugasnya menjelang akhir bulan ini atau awal Januari,” kata Chandrika Kumaratunga, yang menerajui Sri Lanka dari tahun 1994 hingga 2005 dan kini menerajui unit perdamaian kerajaan Presiden Maithripala Sirisena.

Beliau memberitahu para pemberita mekanisme adalah yang domestik tetapi mungkin mendapat bantuan teknikal dari para pakar antarabangsa.

Chandrika Kumaratunga. – Agensi
Chandrika Kumaratunga. – Agensi

“Tidak mungkin ada perdamaian tanpa menerima kesalahan masa lalu. kesalahan bukan dicari di sebalik setiap tentera, tetapi asas utama kawalan akan dinilai,” katanya.

Ketenteraan Sri Lanka, di bawah bekas presiden, Mahinda Rajapakse dituduh melakukan penganiayaan serius ke atas hak asasi kemanusiaan ketika peperangan, yang berakhir pada tahun 2009 dan selepasnya.

Tetapi Rajapakse menolak tekanan antarabangsa bagi penyiasatan jenayah perang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sirisena menyingkirkan Rajapakse dalam pilihan raya sengit pada Januari.

Pada pengundian parlimen bulan Ogos, Rajapakse tewas dalam bida untuk menjadi perdana menteri dan kini adalah penggubal undang-undang pihak pembangkang.

ARTIKEL YANG SAMA