Sri Lanka bebaskan nelayan India

Sri Lanka bebaskan nelayan India

COLOMBO, 13 Sept (AFP) – Sri Lanka hari ini mengumumkan 16 nelayan India akan dibebaskan bertepatan dengan lawatan Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe ke New Delhi, lawatan pertamanya ke luar negara sejak memenangi pilihan raya umum.

Nelayan terbabit, dari selatan India, Tamil Nadu, ditahan kerana menangkap ikan dalam perairan Sri Lanka, akan dibebaskan sebagai “tanda muhibah” menjelang lawatan yang bermula esok, kata pejabatnya dalam kenyataan.

Wickeremesinghe, dan sekutu Presiden Maithripala Sirisena, meminta bagi menenangkan hubungan dengan China dan mengukuhkan perhubungan bersama sekutu tradisi itu dan negara jiran, India.

Dalam undian presiden pada Januari lalu, Sirisena mengetepikan bekas orang kuat Mahinda Rajapakse yang bergantung ke atas pesaing serantau India, China bagi ekonomi dan sokongan politik.

Sirisena, yang segera melantik Wickermesinghe menjadi perdana menteri, cuba untuk memperbaiki hubungan dengan Barat dan India yang terjejas ketika pemerintahan Rajapakse

“Kedua-dua belah pihak akan menumpukan ke atas mengukuhkan hubungan Indo-Sri Lanka, kedamaian serantau dan perpaduan ketika kunjungan dua hari,” kata pejabat Wickremesinghe.

ARTIKEL YANG SAMA