Sri Lanka gantung dua penggubal undang-undang

Sri Lanka gantung dua penggubal undang-undang

COLOMBO, 5 Mei (Xinhua) – Parlimen Sri Lanka pada hari ini memutuskan untuk menggantung dua penggubal undang-undang berhubung satu perkelahian di parlimen pada minggu ini yang menyebabkan salah seorang penggubal mengalami kecederaan.

Penggubal undang-undang Parti Nasional Bersatu Palitha Thewarapperuma dan penggubal undang-undang pembangkang Prasanna Ranaweera digantung daripada parlimen selama seminggu.

Thewarapperuma, yang menjadi timbalan menteri dalam kerajaan dan Ranaweera digantung selepas dituduh menghasut pergaduhan di parlimen pada Selasa.

Satu jawatankuasa yang dilantik oleh speaker parlimen Karu Jayasuriya untuk menyiasat pergaduhan itu, telah mencadangkan tindakan disiplin dikenakan ke atas ahli parlimen yang terbabit dalam perkelahian itu. Satu pertengkaran di antara kerajaan dan pembangkang dalam parlimen bertukar menjadi ganas pada Selasa menyebabkan salah seorang ahli parlimen mengalami kecederaan.

ARTIKEL YANG SAMA