Sri Lanka gantung juruterbang didapati mabuk

Sri Lanka gantung juruterbang didapati mabuk

COLOLOMBO, 21 Ogos – Syarikat penerbangan kebangsaan Sri Lanka hari ini menggantung seorang kapten yang gagal ujian nafas menentukan tahap alkohol sejurus sebelum dia dijadualkan menerbangkan 274 penumpang dan krew dari Frankfurt ke Colombo, menurut pesawat itu hari ini.

“Sebaik sahaja menerima keputusan, Sri Lankan Airlines mengambil langkah segera untuk menggantung perkhidmatan kapten terbabit dan mengambil langkah alternatif untuk mengoperasi penerbangan ke Colombo,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sumber syarikat itu yang bercakap tanpa mengenalkan diri, mengatakan Penerbangan UL554 ditahan di lapangan terbang Frankfurt selama lebih daripada 15 jam pada Jumaat ketika kakitangan bertungkus lumus mencari kapten lain untuk Airbus A330 itu.

Krew pesawat itu memberi amaran selepas mendapati kapten itu kelihatan mabuk, kata sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara itu, memberitahu AFP.

Syarikat itu mengatakan satu siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas insiden itu dan akan bekerjasama dengan mana-mana siasatan oleh pihak berkuasa Jerman. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA