Sri Lanka manfaatkan air hujan

Sri Lanka manfaatkan air hujan

MEDAWACHCHIYA, Sri Lanka, 23 Julai – Sri Lanka sedang merancang untuk menyimpan dan menggunakan air hujan yang turun berbilion kubik meter setiap tahun, namun jika tidak pun akan disalirkan ke lautan, dalam satu usaha besar untuk merangsang pengairan dan penghasilan tenaga.

Sistem pengurusan air baru itu sedang dibina di zon kering negara itu, yang meliputi kawasan utara dan timur.

Rumah kepada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada penduduk Sri Lanka sekitar 20 juta, zon pertanian utama telah dilanda oleh perubahan iklim sejak beberapa dekad lalu, dan berdepan kekurangan air yang teruk.

Pakar mengatakan projek itu akan memanfaatkan air yang cukup untuk memenuhi dua simpanan terbesar negara itu, Victoria dan Randenigala.

Projek bernilai $675 juta itu dibiayai oleh kerajaan dan penderma, bermula bulan ini dan dijangka akan siap menjelang Disember 2024.

Salah satu projek infrastruktur berkaitan air terbesar di negara pulau itu dalam beberapa tahun kebelakangan, ia membayangkan pembinaan dua simpanan baru dan 260km terusan baru dan dipertingkatkan menghubungkan simpanan yang sedia ada.

Tujuannya adalah untuk membantu zon kering agar dapat menguruskan bekalan airnya bagi menjana kuasa dan pertanian. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA