Sri Lanka menang 49-40

Sri Lanka menang 49-40

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Selepas perlawanan pertama yang seimbang dengan jaringan 44-44, Pasukan Bola Jaring Sri Lanka State Service menewaskan Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam 49-40 kelmarin.

Pasukan bola jaring tentera udara Sri Lanka yang turut dibintangi empat pemain bola jaring kebangsaan Sri Lanka berkenaan mengawal perlawanan dari suku masa pertama hingga suku masa ketiga.

Suku masa pertama menyaksikan pasukan dari Sri Lanka itu jauh mendahului 17-10 dan ketika suku masa ketiga berakhir mereka sudah membina jarak 13 gol iaitu dengan pendahuluan 41-28.

Brunei Darussalam memberikan segala-galanya untuk cuba bangkit pada suku masa keempat dan terakhir sehingga berjaya menjaringkan lebih banyak gol berbanding lawan iaitu 12-8, hanya saja belum cukup bahkan masih jauh dari sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tatkala sembilan jaringan lagi diperlukan.

Perlawanan kedua Brunei Darussalam dengan Sri Lanka State Services yang dimenangi oleh pasukan pelawat 49-40.
Perlawanan kedua Brunei Darussalam dengan Sri Lanka State Services yang dimenangi oleh pasukan pelawat 49-40.

Kedua-dua pasukan akan bersaing lagi malam ini di tempat yang sama iaitu di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), Berakas bermula jam 6 petang.

Pertembungan seterusya kedua-dua pasukan adalah pada 6 Mei bermula jam 4 petang dan 7 Mei bermula jam 10 pagi.

ARTIKEL YANG SAMA