Sri Lanka menang lagi

Sri Lanka menang lagi

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Siri ketiga perlawanan persahabatan antara Pasukan Bola Jaring Sri Lanka State Service dengan Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam telah berlangsung malam tadi di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), Berakas.

Jika perlawanan pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 44-44, perlawanan kedua dimenangi pasukan tentera udara Sri Lanka dengan jaringan 49-40, sementara perlawanan malam tadi berlangsung sengit sebelum pasukan pelawat menang lagi, kali ini dengan catatan 50-47.

Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi esok, bermula jam 4 dan Khamis, bermula jam 10 pagi.

Perlawanan persahabatan dengan Sri Lanka State Service yang turut disertai empat pemain kebangsaan Sri Lanka itu merupakan salah satu daripada rancangan persiapan pasukan bola jaring kebangsaan sebelum menghadapi Sukan Asia Tenggara (SEA) 2015 nanti.

Antara aksi perlawanan Brunei Darussalam dengan Sri Lanka State Service.
Antara aksi perlawanan Brunei Darussalam dengan Sri Lanka State Service.

ARTIKEL YANG SAMA