Sri Lanka mohon pertolongan Trump

Sri Lanka mohon pertolongan Trump

COLOMBO, 27 Nov – Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena meminta Donald Trump supaya memberi tekanan ke atas Majlis Hak Asasi Kemanusiaan PBB supaya menggugurkan dakwaan jenayah perang ke atas pasukan tentera negara itu.

Pejabat Sirisena berkata hari ini bahawa beliau telah menghantar ‘mesej khas’ kepada presiden yang baru dilantik Trump dalam mendapatkan campur tangan AS di majlis itu, yang mana Sri Lanka berdepan penapisan bagi kekejaman waktu perang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA