Sri Lanka mula mengundi

Sri Lanka mula mengundi

COLOMBO, 17 Ogos (Reuters) – Rakyat Sri Lanka keluar mengundi hari ini untuk memilih parlimen baru, dalam apa yang menyamai referendum berhubung usaha bekas presiden Mahinda Rajapakse untuk kembali, dengan gabungan reformis yang menyingkirkannya dari berkuasa berusaha bagi mandat lebih mantap.

Orang kuat nasionalis berhasrat menjadi perdana menteri kerajaan yang diterajui oleh Parti Kebebasan Sri Lanka (SLFP). Tetapi bekas sekutu yang menewaskannya di pilihan raya pada Januari, Presiden Maithripala Sirisena, kini menerajui parti itu dan beliau menolaknya.

Persengketaan peribadi membayangi kempen di pulau Lautan Hindi itu yang mempunyai 20 juta penduduk, yang mempunyai sejarah pertikaian politik yang kerap bertukar menjadi keganasan dan malah pembunuhan para pemimpinnya.

Sirisena, dalam gabungan parti dengan kerajaan diketuai oleh Parti Kebangsaan Kesatuan (UNP) telah cuba keluar dari masa lalu yang bermasalah dengan meluluskan reformasi untuk melemahkan jawatan presidennya sendiri dan menjadikan kerajaan lebih terbuka dan bertanggung jawab.

Pengundi-pengundi awal di pusat bandar Colombo berkata mereka mengundi bagi perdamaian dan pentadbiran yang baik, dengan menunjukkan simpati bagi parti Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe, Parti UNP.

Bekas presiden Sri Lanka Mahinda Rajapakse (dua kanan) tiba di pusat mengundi di Medamulana. – Reuters
Bekas presiden Sri Lanka Mahinda Rajapakse (dua kanan) tiba di pusat mengundi di Medamulana. – Reuters

“Saya datang untuk mengundi untuk pentadbiran yang adil dan saksama, untuk rakyat dapat hidup seperti manusia,” peguam Rushdi Halid memberitahu Reuters.

“Isu utama ialah perdamaian,” kata Sister Rita, seorang biarawati Kristian.

Minoriti Tamil dan Islam telah berkumpul menyokong parti campuran yang diketuai UNP, yang menurut cerdik pandai mempunyai peluang terbaik membentuk gabungan terbesar dalam parlimen yang mempunyai 225 kerusi.

Mandat UNP lebih kuat akan membantu menyelesaikan ‘urusan belum selesai’ bagi proses reformasi yang terbantut kerana parti dan sekutunya kekurangan majoriti, menurut penganalisis politik Paikiasothy Saravanamuttu.

Rajapaksa, 69 tahun, dihormati sebagai wira perang oleh kebanyakan majoriti penganut Buddha yang bertutur bahasa Sinhala, Sri Lanka, kerana pada tahun 2009 telah menumpaskan kebangkitan Tamil yang memberontak selama 26 tahun. Para penentang menuduhnya menjalankan rejim yang korup, kejam dan dinasti – dakwaan yang dinafikannya.

Berisiko bagi dunia yang lebih luas ialah sama ada Sri Lanka berpegang pada laluan pro-Barat atau berundur ke arah China. Di bawah Rajapakse, Beijing mengeluarkan berbilion-bilion dolar untuk menjadikan pulau itu sebahagian ‘Jalanan Sutera Maritim’ baru.

ARTIKEL YANG SAMA