Sri Lanka musnah rampasan gading haram

Sri Lanka musnah rampasan gading haram

COLOMBO, 26 Jan – Kerajaan Sri Lanka hari ini telah memusnahkan rampasan gading haram yang terbesar, di hadapan khalayak ramai dalam apa yang pegawai kastam katakan adalah satu percubaan untuk menunjukkan kepada para pemburu haram bahawa pulau itu tidak akan bertoleransi dengan perdagangan ganas.

Lebih 350 gading telah dipamerkan di sesiaran Galle Face di bandar Colombo pulau itu sebelum ia dimusnahkan menggunakan mesin penghancur 100 tan dan kemudian dihantar ke genahar industri.

Rampasan itu, yang para pakar katakan berasal dari gajah Afrika yang dibunuh bagi mendapatkan gadingnya, telah dirampas di pelabuhan Colombo hampir empat tahun lalu yang dalam perjalanan ke Dubai dari Kenya.

“Terdapat beberapa gading sangat kecil yang mungkin datangnya dari anak gajah,” kata Pengarah Kastam Colombo, Udayantha Liyanage memberitahu para wartawan.

“Kami cuba untuk menunjukkan yang gading berdarah tiada nilai….ia adalah kekejaman yang teruk dan gajah menderita selama seminggu sebelum ia mati,” katanya.

Gading berdarah adalah satu terma yang digunakan oleh para aktivis untuk menggambarkan gading yang diperolehi secara haram dengan membunuh gajah.

Liyanage mengesan kontena dengan muatan 359 gading pada Mei 2012 semasa ia sedang transit ke Dubai dari pelabuhan Mombasa, Kenya, yang dilabel salah sebagai tempat menyimpan bahan buangan plastik.– AFP

ARTIKEL YANG SAMA