Sri Lanka sasar pertumbuhan 5.3%

Sri Lanka sasar pertumbuhan 5.3%

COLOMBO, 9 Jun – Sri Lanka dijangka menyaksikan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.3 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang di sebalik dengan cabaran global terkini, menurut laporan Prospek Ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank Dunia hari ini.

“Walaupun menghadapi pengetatan monetari dan fiskal, pertumbuhan pulau itu akan diperkembangkan oleh perbelanjaan infrastruktur dengan dibiayai oleh aliran FDI yang agak besar sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kerajaan Pusat Bandar dan Wilayah Barat Megapolis. Kekangan terkini terhadap pengimportan dasar akan mengemukakan ‘penyumbangan kepada pertumbuhan tahun ini dan pada tahun 2017 dan 2018,” menurut laporan Bank Dunia itu.

Laporan itu menyatakan, di Sri Lanka, dasar pengembangan cukai telah menyumbang kepada defisit dan peningkatan hutang kerajaan di paras melebihi 70 peratus daripada KDNK. Selain itu, kenaikan inflasi teras dan pertumbuhan kredit yang tinggi mendorong bank negara untuk mengetatkan dasar tersebut.

Walau bagaimanapun, laporan itu berkata, Sri Lanka juga melakukan usaha untuk mencegah kemerosotan dalam kewa-ngan awam, termasuk meningkatkan kadar VAT dari 11 ke 15 peratus.

Laporan itu yang dicadangkan Sri Lanka adalah untuk mengambil langkah-langkah seperti memperkukuhkan pengurusan kewangan awam, meluaskan asas cukai, mengurangkan pengecualian dan pentadbiran cukai serta mempertingkatkan perekonomian dengan lebih baik. – Xinhua