Sri Lanka tangguh pengumuman kabinet

Sri Lanka tangguh pengumuman kabinet

COLOMBO, 24 Ogos (AFP) – Presiden Sri Lanka hari ini mengembalikan tiga menteri utama dalam jawatan mereka tetapi menangguhkan pengumuman kabinet penuh selepas perjanjian bersejarah untuk membentuk kerajaan campuran.

Maithripala Sirisena dijangka mengangkat sumpah dalam kabinet hari ini, tetapi sumber-sumber rasmi mengatakan ia telah ditangguhkan ketika rundingan dengan Parti Kebebasan Sri Lanka (SLFP) diteruskan.

SLFP, parti bekas Presiden Mahinda Rajapakse Jumaat lalu bersetuju untuk memasuki kerajaan campuran dengan Parti Kebangsaan Bersatu (UNP), yang telah meraih jumlah tertinggi kerusi dalam pilihan raya parlimen minggu lalu.

“Kesibukan melobi sedang berlaku dan sebab itu pembentukan kabinet mengambil masa lama,” sumber UNP memberitahu AFP.

Rajapakse yang mengalami kekalahan mengejutkan di tangan Sirisena dalam pilihan raya presiden pada Januari, akan berada dalam kedudukan pembangkang bersama-sama kumpulan penentang yang setiaraja.

Bekas Menteri Luar Mangala Samaraweera telah mendapat balik pekerjaannya, begitu juga Menteri Keadilan Wijeyadasa Rajapakse dan D M Swaminathan, menteri penempatan semula.

Ketiga-tiga mereka dikehendaki menangani isu yang berbangkit dari laporan Majlis Hak Asasi Kemanusiaan PBB tentang jenayah perang di Sri Lanka ketika peringkat akhir peperangan ke atas pemberontak pemisah Harimau Tamil pada bulan Mei 2009.

ARTIKEL YANG SAMA