Sri Lanka – tiada ancaman keselamatan negara

Sri Lanka – tiada ancaman keselamatan negara

COLOMBO, 30 Mac (Bernama) – Sri Lanka hari ini, mengulangi tiada ancaman terhadap keselamatan negara itu meskipun terdapat dakwaan pembangkang mengatakan kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkemungkinan kembali diwujudkan, lapor agensi berita China, Xinhua.

Anggota parlimen pembangkang yang juga anak bekas Presiden, Namal Rajapakse, pada Rabu menerusi laman twitternya menulis, penemuan jaket bunuh diri dan peledak dalam sebuah rumah di kawasan pernah dilanda peperangan di sebelah utara menimbulkan persoalan adakah kumpulan pemberontak itu cuba diwujudkan kembali.

Bagaimanapun, Setiausaha Keselamatan Karunasena Hettiarachchi memberitahu Xinhua, penemuan itu bukan suatu yang luar biasa, bahan peledak dan peluru disembunyikan kumpulan pemberontak ketika perang meletus.

“Kita kerap menemui pelbagai bentuk senjata yang disembunyikan LTTE semasa perang tercetus. Jadi tidak timbul persoalan keselamatan negara sedang diancam,” kata Hettiarachchi.

ARTIKEL YANG SAMA