Sri Lanka tuntut keadilan

Sri Lanka tuntut keadilan

Colombo, 20 Sept (AFP) – Enam tahun selepas berakhirnya perang berdarah yang melibatkan orang awam, Sri Lanka minggu ini telah mengambil langkah yang bersejarah untuk berhadapan dengan trauma masa lalu – tetapi dalam pertengahan konflik Tamil yang melanda Jaffna, orang ramai masih mencari keadilan.

Laporan lama ditunggu-tunggu dari pejabat hak asasi manusia pada Rabu itu mendedahkan kekejaman peperangan di negeri itu yang dilakukan oleh kedua-dua, tentera dan pemberontak puak pemisah Harimau Tamil dalam peperangan 37 tahun itu.

Kemunculan kerajaan baru Presiden Maithripala Sirisena sebagai berikrar untuk menghukum penjenayah perang, dan berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya keadilan dan pejabat pampasan untuk membantu menyembuhkan kesan yang ditinggalkan daripada perbalahan konflik itu.

Dalam pendirian pendamai mendakwa serangan itu ada kaitan dengan bekas pemimpin kuat Mahinda Rajapakse, menegaskan pasukannya tidak membunuh seorang pun minority Tamil awam, walaupun bukti nyata berlawanan.

“(penafian) itu adalah kesilapan yang sangat besar yang dilakukan Sri Lanka,” kata jurucakap kerajaan Rajitha Senaratne.

Di utara ibu kota Tamil, Jaffna, jalan raya dan kerosakan infrastruktur akibat perang telah dibaiki, di mana keberadaan dan pengawasan puak tentera ketika dulunya berleluasa di persekitaran kehidupan mereka. Namun beribu-ribu masih hidup di kem-kem pelarian enam tahun selepas perang tamat pada Mei 2009, dan kesan bom dan peluru masih terdapat di bangunan-bangunan di tempat berkenaan.

Rakyat Tamil mahu semua penjenayah pelaku perang supaya mereka dibawa ke muka pengadilan dan berkata mereka tidak mempercayai suatu siasatan tempatan untuk mencapai kebenaran.

Mereka mempunyai sokongan daripada PBB, yang menggesa Colombo untuk membawa masuk hakim antarabangsa dan pendakwa bagi membantu siasatan kerana hanya cara yang tegas dapat untuk mencapai akauntabiliti.

ARTIKEL YANG SAMA