Sri Lanka waspada bagi Zika, Chikugunya

Sri Lanka waspada bagi Zika, Chikugunya

COLOMBO, 18 Sept – Lapangan terbang antarabangsa Sri Lanka dan Pelabuhan Colombo telah ditempatkan dalam senarai berjaga-jaga untuk mengelak penyebaran virus Zika dan Chikungunya, yang sedang melanda Asia, menurut satu laporan media tempatan di sini hari ini.

“Meja kesihatan lapangan terbang telah pun diberitahu supaya mengingatkan penumpang yang berkunjung ke negara yang terjejas,” kata Pengarah Kuarantin, Dr Palitha Karunaperuma.

Kerajaan Sri Lanka berkata negara pulau itu menghadapi satu ancaman daripada dua penyakit serius, menambah hospital kerajaan sedang bersiap sedia untuk menghadapi dan mengatasi masalah tersebut.

Menurut laporan media tempatan, amaran Chikungunya dan Zika dikeluarkan selepas dua kematian dilaporkan di Chilaw, 84km dari Colombo, pada minggu lalu.

Kedua-dua mangsa dimasukkan ke hospital kerajaan tempatn Xhilaw selepas mengalami demam panas.

Kedua-duanya telah pulang dari India dalam minggu yang sama.

Pegawai kesihatan berkata siasatan lanjut sedang dilancarkan.

Kes Zika dan Chikungunya yang meningkat telah dilaporkan dari kebanyakan negara Asia termasuk Singapura, India dan Thailand dan syarikat penerbangan yang beroperasi di negara berkenaan telah pun diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta melaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan sekiranya terdapat penumpang yang sakit. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA