Sri Srinivasan calon potensi Hakim Mahkamah Agung AS

Sri Srinivasan calon potensi Hakim Mahkamah Agung AS

WASHINGTON, 15 Feb – Seorang hakim Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) warga India-Amerika, Sri Srinivasan mungkin calon paling layak menggantikan kekosongan berikutan kematian Hakim Mahkamah Agung, Antonin Scalia.

Sekiranya dicalonkan, dari segi politik ia akan mencabar Republikan kerana mereka merancang untuk menyekat sesiapa saja yang dicadangkan Presiden Barack Obama. Srinivasan, 48, berkhidmat di Mahkamah Rayuan AS untuk Daerah Columbia sejak beliau menerima 97 undi berbalas kosong di Senat pada Mei 2013. Selain Srinivasan, Obama mungkin mempertimbangkan Paul Watford, yang berkhidmat dengan 9th U.S. Circuit Court of Appeals, dan warga Vietnam-America, Jacqueline Nguyen, yang berkhidmat di mahkamah sama dengan Watford. Tidak banyak yang diketahui mengenai pandangan Srinivasan mengenai isu sosial seperti pengguguran dan tindakan afirmatif. Tetapi sebagai seorang peguam kanan Jabatan Kehakiman pada tahun 2013, beliau adalah sebahagian daripada pasukan undang-undang yang berjaya menggesa mahkamah tinggi mengubah Akta Mempertahankan Perkahwinan, undang-undang yang mengehadkan definisi perkahwinan membabitkan pasangan heteroseksual. – Reuters

Sri Srinivasan mungkin calon paling layak menggantikan kekosongan berikutan kematian Hakim Mahkamah Agung, Antonin Scalia. Srinivasan, 48, berkhidmat di Mahkamah Rayuan AS untuk Daerah Columbia sejak beliau menerima 97 undi berbalas kosong di Senat pada Mei 2013. – Reuters