Sriwijaya Air terima 2 pesawat 737-900ER

Sriwijaya Air terima 2 pesawat 737-900ER

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) – Boeing berjaya menyerahkan dua pesawat 737-900ER (Extended Range) Generasi Akan Datang, kapal terbang serba baharu pertama untuk Sriwijaya Air, syarikat penerbangan ketiga terbesar Indonesia.

Syarikat penerbangan yang berpusat di Jakarta itu kini beroperasi menggunakan kumpulan pesawat Boeing 737 dan menawarkan pelbagai perkhidmatan ke destinasi di Indonesia dan beberapa bandar raya antarabangsa.

Boeing 737-900ER merupakan pesawat terbaharu dalam barisan pesawat syarikat, menawarkan kapasiti tertinggi dan kos perbatuan tempat duduk paling rendah dalam barisan pesawat satu lorong Boeing, kata Boeing dalam satu kenyataan di sini.

Pesawat baharu 737-900ERs akan membolehkan Sriwijaya Air kekal sebagai peneraju pasaran dengan ekonomi hebat serta keupayaan untuk menyediakan pelanggannya dengan pengalaman kabin bertaraf dunia, kata Presiden (Sriwijaya Air), Chandra Lie.