SRJ 49 johan pertandingan catur Freshco

SRJ 49 johan pertandingan catur Freshco

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Feb – Sekolah Rendah Jalan 49 (SRJ 49) baru-baru ini menjuarai pertandingan catur antara sekolah anjuran Freshco di premisnya di Bangunan Abdul Razak, Bandar Seri Begawan.

Pertandingan yang dibukakan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah itu menarik penyertaan lebih daripada 150 pemain dari seluruh negara dan dimainkan berdasarkan kejohanan Swiss 9 pusingan dengan kawalan masa 10 minit dan tambahan dua minit satu gerakan.

Pemenang dari SRJ 49 terdiri daripada Abdul Zahirul Haq bin Zazali yang memenangi tempat pertama Kategori Bawah 12 tahun dan merangkul pingat emas, Abdullah Sani menang pingat gangsa dalam Kategori Bawah 12 tahun dan Nur Zahirah Zafira binti Zazali menang pingat gangsa dalam Kategori Pelajar Perempuan Keseluruhan.

Gambar ramai pemenang dari Sekolah Rendah Jalan 49 bersama guru mereka dan rakan-rakan.
Gambar ramai pemenang dari Sekolah Rendah Jalan 49 bersama guru mereka dan rakan-rakan.

ARTIKEL YANG SAMA