SRK impikan kejayaan global

SRK impikan kejayaan global

IKON skrin India, Shah Rukh Khan, telah muncul dalam berpuluh blok buster Bollywood dan dipuja oleh berjuta-juta orang, tetapi masih ada filem yang beliau impikan, filem yang menjadi terkenal di seluruh dunia.

“Saya mahu menjadi sebahagian daripada sebuah filem India, sebagai seorang pelakon, penerbit, perakam suara, pengurus produksi, apa sahaja, yang penting filem itu menjadi terkenal di seluruh dunia,” kata Khan dalam satu temu ramah.

“Itu adalah impian saya. Impian yang saya simpan sejak 25 tahun yang lalu.”

Industri gergasi Asia bagi filem Hindi itu telah mengeluarkan beratus-ratus filem setiap tahun, memperoleh berbilion-bilion dolar AS daripada hasil tiket, tetapi masih belum satu blokbuster yang benar-benar menggegarkan box office Barat.

“Saya harap untuk mencapainya dan saya percaya ia akan terjadi,” kata Khan.

Kuch Kuch Hota Hai,  filem yang telah menaikkan nama Khan pada pertengahan tahun 1990-an,
Kuch Kuch Hota Hai, filem yang telah menaikkan nama Khan pada pertengahan tahun 1990-an,
Shah Rukh Khan ketika ditemui bagi temu ramah. – AFP
Shah Rukh Khan ketika ditemui bagi temu ramah. – AFP

Pelakon itu dikenali di India sebagai ‘King Khan’ atau secara ringkasnya ‘SRK’ oleh para peminatnya, dan beliau memang tidak disangkal merupakan bintang pawagam Hindi yang paling terkenal dalam era moden ini.

Nama beliau melonjak naik pada pertengahan tahun 1990-an apabila memegang watak utama dalam drama-drama romantik seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Kuch Kuch Hota Hai.

Khan juga dikenal bagi peranan utamanya dalam filem thriller seperti Don dan pada tahun ini filem Fan, sementara filem-filem lain yang juga mendapat sambutan termasuk filem komedi 2013, Chennar Express dan My Name is Khan pada tahun 2010, yang mana beliau memegang watak sebagai seorang lelaki yang mempunyai sindrom Asperger.

Menyukai James Bond

Bintang berusia 51 tahun itu mempunyai seramai 22.2 orang pengikut dalam Twitter dan kerap menyaksikan sekumpulan peminat berkumpul di luar rumahnya di tepi pantai Bandar Mumbai, tempat Bollywood berada.

Filem beliau seterusnya, Dear Zindagi, dijangka berada di pawagan minggu ini.

Tetapi Khan mengakui bahawa beliau pada awalnya ragu-ragu bagi memainkan peranan sebagai Jehangir Khan dalam drama komedi arahan Gauri Shinde itu.

“Sejujurnya, saya tidak menyukai filem itu. Bukan kerana ia sebuah filem yang tidak bagus, tetapi ia bukan filem genre saya. Saya suka budak jahat. Saya suka James Bond,” katanya.

Khan berkata wataknya yang memainkan peranan sebagai seorang ‘mentor, rakan, falsafah, dan pembimbing’ kepada Kaira yang lebih muda, dilakonkan oleh pelakon wanita Bollywood yang meningkat naik, Alia Bhatt, 23, dalam filem yang beliau anggap ‘lucu’ dan ‘menarik’.

Beliau menjelaskan Dear Zindagi sebagai filem yang menyenangkan hati mengenai kehidupan dan bagaimana hidup bukan hanya sebagai seorang belia tetapi juga sebagai ibu bapa, sebagai orang tua.

Khan bersama dengan Alia Bhatt menceritakan secara ringkas watak mereka dalam Dear Zindagi. – AFP
Khan bersama dengan Alia Bhatt menceritakan secara ringkas watak mereka dalam Dear Zindagi. – AFP
Khan mengakui bahawa beliau pada awalnya ragu-ragu bagi memainkan peranan sebagai Jehangir Khan dalam Dear Zindagi.
Khan mengakui bahawa beliau pada awalnya ragu-ragu bagi memainkan peranan sebagai Jehangir Khan dalam Dear Zindagi.

“Ia adalah mengenai semua itu tanpa berceramah,” jelasnya.

Khan, di mana kerjayanya sebagai antara yang paling berjaya dalam tempoh tiga dekad, berkata beliau tidak melihat dirinya sebagai seorang mentor dalam dunia realiti, tetapi akan memberikan nasihat jika diminta.

Azam jadi bintang terkenal

Khan telah muncul bagi sekitar 80 filem Bollywood dan menerima banyak anugerah sejak membuat perjalanan ke Mumbai dengan menaiki sebuah kereta api dari kampung halamannya di Delhi pada awal tahun 1990-an dengan azam yang jelas untuk menjadi seorang bintang terkenal.

“Saya memang mahu menjadi terkenal, saya mahu dikenali, saya mahu beribu-ribu orang berada di luar rumah saya, saya tidak mahu pergi ke pantai dan bersantai,” katanya.

“Ketika saya berusia 25 tahun, saya mahu menjadi seperti yang Madonna katakan: kaya, terkenal, popular, bekerja keras, diiktiraf dan mendapat sebanyak mungkin anugerah. Saya sangat seronok menjadi bintang terkenal, saya tidak mungkin menggantikannya dengan apa-apa pun.”

Dalam filem Fan, yang dilancarkan pada bulan April, beliau memainkan dua watak seorang bintang terkenal dan seorang peminat obses dengan idolnya yang menjadi ganas selepas gagal berjumpa dengannya.

“Saya begitu bersyukur dan saya tidak memahami bagaimana saya menjadi diri saya sekarang.

“Adakah ia milik saya? saya mengatakannya berulang kali, saya hanyalah seorang pekerja bagi seorang bintang terkenal yang dipanggail Shah Rukh Khan. Saya tidak tahu bagaimana beliau melakukannya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA