SRSHB berhari raya

SRSHB berhari raya

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 9 Ogos – Bahang sambutan Hari Raya Aidilfitri terus terasa di negara ini dengan majlis-majlis sambutan yang diadakan di seluruh negara, dan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar (SRSHB), di sini, turut tidak ketinggalan mengadakannya dengan acara sederhana yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, kelmarin.

Majlis sambutan anjuran bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan turut dihadiri oleh Pengerusi PIBG SRSHB, Awang Azry bin Haji Mohd Yusof, para guru, ibu bapa dan penjaga murid-murid sekolah berkenaan.

Majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang mana hadiah-hadiah disumbangkan oleh orang-orang persendirian, ahli-ahli jawatankuasa PIBG, warga pentadbiran dan guru-guru SRSHB.

Di samping menjamu pelbagai juadah yang disediakan di kawasan lapang sekolah berkenaan, majlis turut diserikan dengan persembahan daripada beberapa orang murid sekolah berkenaan.

Pengerusi PIBG SRSHB menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Pengerusi PIBG SRSHB menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Antara persembahan daripada murid-murid Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar.
Antara persembahan daripada murid-murid Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar.
Sebahagian daripada keluarga pelajar yang hadir.
Sebahagian daripada keluarga pelajar yang hadir.

ARTIKEL YANG SAMA