SsangYong anjur Persidangan Perkhidmatan Eropah

SsangYong anjur Persidangan Perkhidmatan Eropah

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Okt – Dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti pengeluaran kenderaan kepada para pelanggan di seluruh dunia, syarikat kereta jenama SsangYong baru-baru ini telah mengadakan Persidangan Perkhidmatan Eropah 2015 yang berlangsung di Madrid, Sepanyol selama dua hari bermula 20 Oktober yang lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ssangyong-brunei.com, persidangan yang dihadiri oleh para pengurus kualiti dan perkhidmatan daripada 13 buah negara Eropah itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi keupayaan perkhidmatan global dan rangkaian serta memastikan daya saingnya dalam pasaran luar negara.

Persidangan tersebut mengupas aspek kualiti yang berkaitan dengan perkhidmatan dan membincangkan bagaimana untuk meningkatkan perkhidmatan cara untuk mengembangkan pemasaran jualannya di peringkat global.

Gambar ramai bersama pengurus dari 13 buah negara Eropah yang menghadiri persidangan tersebut.
Gambar ramai bersama pengurus dari 13 buah negara Eropah yang menghadiri persidangan tersebut.

Ketua Eksport HQ di SsangYong Motor Seol Dong-Cheol, berkata, “Kami akan terus memberikan perkhidmatan yang kompetitif untuk pelanggan kami di seluruh dunia melalui kerjasama teknologi dan komunikasi yang berterusan.”

SsangYong Motor telah mengadakan persidangan perkhidmatan serantau sejak 2011, dan kini merancang untuk mengadakan Persidangan Perkhidmatan Global pada tahun depan. Untuk mengikuti aktiviti dan perkembangan model kereta terkini SsangYong layari laman web Facebook SsangYong di www.facebook.com/SsangyongBru dan tivoli.ssangyong-brunei.com.