Ssangyong catat 11,982 unit jualan

Ssangyong catat 11,982 unit jualan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Ssangyong Motor sebahagian daripada Mahindra Group, hari ini mengumumkan syarikat mereka telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak 11,982 unit yang dicatat sehingga Mei 2015, sebanyak 7,753 unit dijual di pasaran domestik dan 4,229 hasil jualan eksport termasuk CKD.

Ssangyong mengekalkan jualannya berdasarkan meningkatnya jualan domestik, jumlah tertinggi di kalangan pembuat kereta pada bulan Mei, ini ditingkatkan lagi dengan jualan laris model Tivoli.

Tivoli yang telah mewujudkan sensasi dalam pasaran kompak SUV, menerajui momentum jualan dengan 5,000 unit termasuk 3,437 unit di pasaran domestik dan 1,956 unit daripada hasil eksport bagi dua bulan berturut-turut. Jualan terkumpul Tivoli mencatatkan 20,966 unit, melebihi sasaran 20,000 unit dalam empat bulan sejak pelancarannya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ssangyong Motor, Choi Johng-sik, mengulas, “Tivoli menerajui momentum jualan Ssangyong dengan membuat satu sensasi dalam pasaran kereta jenis compact SUV dan telah melebihi 20,000 unit jualan terkumpul dalam jangka empat bulan sejak pelancarann ya,” dia menambah, “Kami akan mencapai matlamat jualan kami tahun ini berdasarkan strategi jualan agresif seperti menerokai pasaran baru, mengadakan aktiviti pasaran strategik dan pelancaran Tivoli ke seluruh dunia.”

Ssangyong Tivoli yang kini laris di pasaran.
Ssangyong Tivoli yang kini laris di pasaran.

Dirangsang melalui hasil jualan Tivoli, syarikat tersebut mencatatkan peningkatan tertinggi jualan sebanyak 47.1 peratus dalam pasaran domestik daripada setahun yang lalu. Jumlah terkumpul bagi lima bulan pertama tahun ini juga meningkat sebanyak 31.7 peratus berbanding jangka waktu yang sama tahun lepas.

ARTIKEL YANG SAMA