SsangYong catat hasil 819.5 bilion won

SsangYong catat hasil 819.5 bilion won

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Penjualan kereta SsangYong di pasaran Korea telah mencatatkan sedikit peningkatan dari segi jualan eksport dan pendapatan berbanding jumlah yang diperolehnya dari tahun-tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh tivoli.ssangyong-brunei.com, Ketua Pegawai Eksekutif SsangYong Motor, Choi Johng-sik, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu melaporkan jumlah jualan sebanyak 34,074 kereta yang terdiri daripada 23,833 unit jualan di Korea dan 10,241 unit jualan (termasuk CKD) dalam eksport.

Syarikat itu telah meraih pendapatan sebanyak 819.5 bilion won, dan mengalami kerugian operasi sebanyak 3.6 bilion won, manakala kerugian bersih semasa berjumlah 27.1 bilion won pada suku ketiga pada 2015. Jumlah jualan dan pendapatan telah meningkat sebanyak lebih 6 peratus berbanding dengan suku ketiga pada 2014 dengan sokongan jualan yang kukuh daripada Tivoli.

Penjualan model kereta diesel Tivoli (gambar) meningkatkan lagi penjualan domestik syarikat Korea.
Penjualan model kereta diesel Tivoli (gambar) meningkatkan lagi penjualan domestik syarikat Korea.

Jualan tiga suku bagi syarikat itu pula melonjak 39.8% kepada 69.243 unit berbanding tempoh yang sama tahun lepas, yang merupakan jualan tertinggi sejak 2004 apabila jumlah jualan daripada suku pertama dan suku ketiga pada 2004 mencatatkan 75.669 unit.

Peningkatan tersebut dipelopori oleh jualan Tivoli, yang telah menerajui pertumbuhan jualan syarikat Korea melebihi 3,000 unit sebulan selama enam bulan berturut-turut sejak April. Jualan domestik kumulatif bagi tiga suku tahun ini mencapai 29.648 unit.

Choi Johng-sik mengulas, “Oleh kerana jualan Tivoli yang telah membawa pasaran compact SUV terus berkembang, kita akan memberi tumpuan semua sumber kami untuk meningkatkan bekalan,” sambil menambah, “Berdasarkan Euro 6 model Tivoli, kami akan melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat jualan domestik tahun ini sebanyak 100,000 unit. “

Walau bagaimanapun, kerugian bersih pada suku ketiga sedikit meningkat berbanding dengan suku kedua disebabkan oleh kesan pertukaran mata wang asing.

ARTIKEL YANG SAMA