SsangYong catat keuntungan memberangsangkan

SsangYong catat keuntungan memberangsangkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Syarikat pengeluar kereta Korea, SsangYong Motor Company mencatatkan keuntungan untuk dua suku berturut-turut tahun ini dan keuntungan enam bulan pertama dalam tempoh sembilan tahun sejak 2007.

T.C.Y. Motors Sdn Bhd menurut kenyataannya menjelaskan jualan SsangYong dalam tempoh enam bulan pertama 2016 adalah sebanyak 74,577 unit, iaitu 50,696 unit dalam jualan domestik dan 23,881 dalam eksport termasuk kit CKD. Ia juga telah mencatatkan pendapatan sebanyak 1,777.2 bilion won, dengan keuntungan operasi sebanyak 27.4 bilion won. Dan keuntungan bersih sebanyak 20.4 bilion won.

Ketua Pegawai Eksekutif SsangYong Motor Choi Johng-shik mengulas, “SsangYong telah mencapai prestasi kukuh dengan model jenama Tivoli, enjin pertumbuhan baru syarikat itu,” sambil menambah, “SsangYong akan mencapai matlamatnya untuk kembali mencatatkan keuntungan tahun ini, berdasarkan peningkatan jualan model yang dikemaskini termasuk Korando Sports serta model Tivoli. “

Syarikat itu telah mencatatkan jumlah jualan enam bulan pertama terbesar dalam 13 tahun sejak 2003 (80,354 unit) hasil jualan daripada model jenama Tivoli -Tivoli dan Tivoli Air (nama eksport: XLV), di mana ia meningkat sebanyak 50.9 peratus berbanding jualan global enam bulan pertama pada tahun 2015.

Model Tivoli yang dikeluarkan oleh SsangYong Motor Company.
Model Tivoli yang dikeluarkan oleh SsangYong Motor Company.

Model-model jenama Tivoli mencatatkan jualan tertinggi bulanan pada bulan Jun, melebihi 8,000 unit buat kali pertama sejak pelancarannya. Prestasi model jenama Tivoli yang kukuh membantu syarikat itu mencatatkan jualan yang besar dan pertumbuhan hasil dalam enam bulan pertama, masing-masing dengan 6.8 peratus dan 11.4 peratus.

Pada bulan Jun 2016, model jenama Tivoli berjaya mencapai tahap jualan 100,000 unit dalam kedua-dua pengeluaran tersebut dalam tempoh 17 bulan sejak pelancarannya. Ini adalah tempoh yang paling singkat untuk mana-mana model SsangYong bagi mencapai tahap jualan 100,000 unit.

Jualan domestik enam bulan pertama syarikat itu juga mencatatkan penjualan tertinggi dalam tempoh setengah tahun sejak enam bulan pertama 2004 (54,184 unit), menunjukkan pertumbuhan jualan selama enam bulan berturut-turut dengan peningkatan sebanyak 11.6 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA