SsangYong kukuhkan pasaran Tivoli di Eropah

SsangYong kukuhkan pasaran Tivoli di Eropah

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Syarikat SsangYong Motor mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk memperkukuhkan kehadirannya di Eropah dengan pelancaran global Tivoli dan melalui kempen televisyen.

Pada awal bulan ini, SsangYong Motor Eropah telah mengadakan pelancaran Tivoli di Brussels, Belgium dengan membabitkan penyertaan 2,100 tetamu dan para wakil penjual dari enam negara termasuk Belgium, Belanda, Luxembourg, Poland, Jerman dan Switzerland.

Majlis pelancaran Tivoli disempurnakan oleh Dominique Moorkens, pengerusi kumpulan Alcopa, pengedar rasmi SsangYong di enam negara Eropah Tengah, dan Chong-ghee Ahn, Duta Republik Korea ke Belgium, yang turut menarik kehadiran lebih 3,000 pengunjung.

Sebelum acara pelancaran, SsangYong Sahsuvaroglu, pengedar rasmi SsangYong di Turki membuka bilik pameran terbesar SsangYong di Ankara, Turki pada 22 Mei, sekali gus memulakan penjualan Tivoli.

SsangYong juga turut mengadakan acara Kempen dan Pembentangan Media Tivoli Global di Tivoli, Itali pada 27 dan 28 Mei, dengan menjemput 140 wakil penjual SsangYong serta tidak ketinggalan para wartawan tempatan. Sementara itu, Syarikat SsangYong Motor memulakan kempen TV di seluruh Eropah bermula pertengahan Jun melalui Eurosport, saluran sukan terbesar di Eropah.

SsangYong Motor Eropah mengadakan pelancaran kenderaan Tivoli di Brussels, Belgium dengan membabitkan penyertaan 2,100 tetamu dan para wakil penjual dari enam negara termasuk Belgium, Belanda, Luxembourg, Poland, Jerman dan Switzerland.
SsangYong Motor Eropah mengadakan pelancaran kenderaan Tivoli di Brussels, Belgium dengan membabitkan penyertaan 2,100 tetamu dan para wakil penjual dari enam negara termasuk Belgium, Belanda, Luxembourg, Poland, Jerman dan Switzerland.

Iklan komersial dibuat rakamannya di Barcelona, Sepanyol di bawah slogan “Escape from the ordinary”, yang memaparkan stail moden dan mengikut fesyen Tivoli. Ikla tersebut akan disiarkan di seluruh 54 negara-negara Eropah selama tiga bulan, melalui semua saluran Eurosport termasuk TV, dalam talian dan peranti mudah alih.

Sempena pelancaran Tivoli itu, SsangYong UK melaksanakan kempen TV kebangsaan bertemakan “Tivoli-Ilovit” melalui ITV dan saluran sukan ESPN.

Ketua Pegawai Eksekutif SsangYong Motor, Johng-Sik Choi, dalam ulasannya berkata “Tivoli sudah menerajui pasaran padat SUV sejak pelancarannya di Korea dan menerima banyak perhatian dalam pasaran luar negara.”

Beliau turut menambah, “Selaras dengan pelancaran Tivoli di pasaran tempatan, kami akan meneruskan kempen pasaran agresif dan memantapkan pasaran baru demi meningkatkan jualan eksport selain memperluaskan kehadiran kami dalam pasaran SUV Eropah.”