SsangYong lancar Tivoli Diesel

SsangYong lancar Tivoli Diesel

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – SsangYong Motor sebahagian dari Mahindra Group, akan mengembangkan kewujudannya dalam pasaran compact SUV dengan pelancaran Tivoli Diesel yang berkuasa tinggi dan jimat minyak menepati standard pengeluaran Euro 6. Syarikat tersebut menjangka versi diesel terbaru itu akan meneruskan kisah kejayaan Tivoli mereka.

Pada 6 Julai, Tivoli diesel telah membuat penampilan sulung yang kuat di Speedium di Inje, wilayah Gangwon di mana orang-orang penting dan pekerja-pekerja syarikat, media dan tetamu lain hadir.

Program pemanduan percubaan membolehkan orang yang hadir merasai prestasi pemanduan yang kukuh dan penjimatan minyak yang sangat baik Tivoli Diesel.

Choi Johng-Sik, Ketua Pegawai Eksekutif SsangYong Motor berkata, “Di samping Tivoli yang terbaik dalam daya saing kelas termasuk reka bentuk, keselamatan dan ciri-ciri yang berkualiti tinggi, Tivoli diesel juga menawarkan enjin yang diselenggarakan untuk prestasi tinggi dan penjimatan minyak.

Ia akan menarik pelanggan yang mahu menikmati pengalaman pemanduan yang dinamik, juga dengan harga yang berpatutan dan gaya menarik.”

Tivoli Diesel kini dilancarkan.
Tivoli Diesel kini dilancarkan.

Sejak pelancarannya pada Januari tahun ini, versi petrol Tivoli telah mewujudkan sensasi dalam pasaran compact SUV terima kasih kepada reka bentuknya, ruang yang luas, terbaik dalam kelas keselamatan dan ciri-ciri premium yang menyumbang kepala peningkatan jualan SsangYong.

Dengan versi Tivoli Diesel, SsangYong menjangka pelanggan menginginkan prestasi tinggi dan penjimatan minyak, serta dalam masa yang sama, syarikat menyediakan pilihan yang luas kepada pelanggan dengan pelancaran model 4WD petrol, yang mana pemanduan off-road ditingkatkan secara mendadak.

Model petrol Tivoli 4WD akan ditawarkan dengan sistem Smart 4WD yang mengawal tork tayar depan/belakang dari 0 ke 50 peratus bergantung pada keadaan jalan dan cara pemanduan.

Terima kasih kepada suspensi bebas multi link tayar belakang yang juga menjadikan keselamatan pemanduan dan kualiti bertambah baik.

Berikutan pelancarannya di pasaran Korea, Tivoli Diesel akan dijual secara global tidak lama lagi dengan pelancaran di Frankfurt Motor Show September ini dan acara uji pandu pada Oktober tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA