Ssangyong Motor rekod 11,489 unit jualan global

Ssangyong Motor rekod 11,489 unit jualan global

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Syarikat Ssangyong Motor telah berjaya menjual sejumlah 11,489 unit pada September tahun ini, 8106 unit dalam jualan domestik dan 3383 unit dalam eksport.

Walaupun hari bekerja Chuseok yang pendek disebabkan oleh cuti kebangsaan di Korea, jualan bulanan masih meningkat sebanyak 10.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas berikutan jualan yang kukuh untuk diesel petrol dan diesel.

Dalam pasaran Korea, syarikat itu terus mencatat kadar pertumbuhan yang paling tinggi dalam industri, sehingga 59.1 peratus daripada tahun sebelumnya dengan secara aktif bertindak balas kepada perubahan pasaran dengan pelancaran Tivoli diesel dan menaik taraf SUV dengan enjin Euro 6.

Kadar pertumbuhan jualan Korea juga telah meningkat selama tujuh bulan berturut-turut sejak Februari lalu apabila kadar pertumbuhan kumulatif mencatatkan peningkatan sebanyak 22.3peratus.

Jualan domestik yang terkumpul meningkat sebanyak 39.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas dan sudah melepasi jualan tahunan tahun lepas sebanyak 69,036 unit.

Tivoli berkuasa diesel dengan bentuk badannya yang panjang akan dipasarkan di Eropah.
Tivoli berkuasa diesel dengan bentuk badannya yang panjang akan dipasarkan di Eropah.

Tivoli, yang membawa pasaran jenama ‘SUV kompak’, dijual sebanyak 43,523 unit pada asasnya yang terkumpul sejak dilancarkan pada Januari 2015, berdasarkan jualan global bulanan sebanyak 5,000 unit bagi enam bulan berturut-turut.

Eksport syarikat itu masih menunjukkan penurunan, tetapi kadar penurunan terkumpul meningkat daripada 40 peratus kepada 39 peratus dibantu oleh pertumbuhan yang besar sebanyak 70 peratus tahun ke tahun berikutan pelancaran Tivoli ke dalam pasaran Eropah.

Jumlah jualan global Ssangyong dari Januari hingga September tahun ini hampir pulih kepada tahap yang sama seperti tahun sebelumnya berjumlah 103,874 unit, turun 2.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014. Syarikat itu mencatatkan penurunan terbesar setelah penjualan yang meningkat selama tujuh bulan berturut-turut sejak Februari lepas.

Sementara itu, Ssangyong melancarkan Tivoli berkuasa diesel dan melancarkan konsep kereta Tivoli dengan versi bentuk badannya yang panjang semasa di pertunjukan Frankfurt Motor pada bulan September 2015. Syarikat itu sedang mempercepatkan usaha untuk menyasarkan pasaran Eropah.

Choi Johng-sik, Ketua Pegawai Eksekutif Ssangyong Motor, mengulas, “Kadar pertumbuhan jualan domestik kami terus meningkat untuk bulan yang ketujuh berturut-turut dan jualan terkumpul telah melebihi jumlah jualan tahun lepas,” sambil menambah, “Kami akan berusaha untuk terus meningkatkan jualan dengan mempelbagaikan pasaran luar negara, dan melancarkan Tivoli diesel di Eropah. “

Untuk mengetahui perkembangan dan model kereta terbaru Ssangyong, layari ke laman sesawang www.facebook.com/