SsangYong perkenal Tivoli model diesel

SsangYong perkenal Tivoli model diesel

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Ssangyong Motor Company mengumumkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan Tivoli model diesel di Eropah dan melancarkan konsep model baru, XLV-Air, model pra-pengeluaran Tivoli dengan bentuk badan yang lebih panjang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh tivoli.ssangyong-brunei.com, Tivoli model diesel itu dijadualkan akan dilancarkan pada awal tahun depan buat kali pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif Ssangyong Motor Company, Johng-Sik Choi, berkata “kami akan memberi tumpuan kepada pertunjukan konsep yang berbeza daripada platform Tivoli semasa di Pertunjukan Motor Frankfurt tahun ini. Dengan penambahan bentuk Tivoli yang lebih panjang, kami akan terus memperluaskan kehadiran kami di Eropah dengan memenuhi pelbagai permintaan pelanggan. “

Dengan pengeluaran diesel Tivoli itu, SsangYong dijangka akan meneruskan jualan Tivolinya di pasaran Eropah memandangkan permintaan yang menggalakkan. Tivoli juga yang sebelumnya telah dilancarkan di pasaran Korea pada Julai lalu telah mendapat sambutan yang baik dan menjadi sebagai model utama bagi menjana penjualan SsangYong di pasaran tersebut.

Tivoli model diesel dengan bentuk badan yang lebih panjang diperkenalkan.
Tivoli model diesel dengan bentuk badan yang lebih panjang diperkenalkan.

Selepas konsep model ‘XLV’ (kenderaan pintar dengan gaya hidup yang menarik) pertama kali diperkenalkan di Pertunjukan Motor Geneva 2014, satu lagi keluaran SsangYong, XLV-Air yang akan memaparkan gaya dan konsep produk sebagai model pra-pengeluaran Tivoli bertubuh panjang, akan dilancarkan pada awal 2016. Ia menetapkan sasaran jualan sebanyak 100,000 unit di seluruh dunia pada 2016.

Sementara itu, SsangYong akan mengadakan Persidangan Pengedar bagi berkongsi visi dan strategi jualan sempena pertunjukan Motor Frankfurt tahun ini, dan merancang untuk terus membangunkan pasaran baru di Eropah. Selain itu, ia bertujuan untuk mewujudkan rangkaian jualan di negara-negara termasuk Denmark, Finland dan negara-negara Baltik pada tahun ini.

Bagi mengikuti perkembangan model kereta terkini Ssangyong dan aktiviti di Facebook, sila layari (www.facebook.com/SsangyongBru) dan tivoli.ssangyong-brunei.com.

ARTIKEL YANG SAMA