SsangYong rai jualan Tivoli

SsangYong rai jualan Tivoli

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Motor SsangYong Korea, Johng-sik Choi, me-ngumumkan bahawa syarikat itu telah mengadakan satu majlis untuk meraikan model platform Tivoli yang telah mengatasi pengeluaran 100,000 unit.

Menurut kenyataan yang diterima di sini, acara yang diadakan di Kilang Pemasangan Pyeongtaek, Korea untuk meraikan pencapaian tersebut dan menjanjikan usaha bersama untuk mencatat kualiti terbaik berkenaan telah dihadiri oleh 50 ahli pengurusan dan pekerja termasuk Ketua Ibu Pejabat Pengeluaran Seung-Ki Song.

Di samping Tivoli telah menjadi model terkenal dalam pasaran SUV sejak pelancarannya di Korea pada Januari tahun lalu, penambahan XLV telah mewujudkan kesan sinergi menyebabkan jenama Tivoli menjadi jenama SUV nombor satu.

Pasaran SUV di Korea telah berkembang dengan pesat setiap tahun, terutamanya sejak pelancaran Tivoli.

Disebabkan jualan Tivoli mencecah 45,000 unit pada tahun lalu, pasaran SUV di Korea berkembang hampir tiga kali lebih tinggi pada 2015 berbanding tahun sebelumnya, dan sebanyak 34 peratus tahun ke tahun pada akhir Mei ini.

Tivoli telah menjadi model terkenal dalam pasaran SUV sejak pelancarannya di Korea pada Januari tahun lalu.
Tivoli telah menjadi model terkenal dalam pasaran SUV sejak pelancarannya di Korea pada Januari tahun lalu.

Sementara itu, Tivoli menjadi model yang mencecah pengeluaran 100,000 unit pada kadar paling cepat dalam kalangan model SsangYong dengan mencatat jumlah rekod tersebut dalam 17 bulan, lebih singkat kira-kira 10 bulan pada ke-semua model SsangYong.

Seorang pegawai daripada SsangYong menjelaskan bahawa jualan model platform Tivoli telah meningkat dengan menarik lebih banyak kumpulan pelanggan dengan faedah praktikal dan ekonomi serta pelancaran model lanjutan.

Tivoli mengeluarkan 64,781 unit pada tahun lalu dan 33,341 unit dari Januari ini hingga Mei tahun ini. Pengeluaran terkumpulnya berjumlah 97,796 unit pada akhir Mei ini, dan mengatasi 100,000 unit pada 13 Jun 2016.

Sejumlah 7,545 unit Tivoli dijual di seluruh dunia pada Mei ini, dirangsang oleh pengeluaran XLV.

Jualan globalnya setakat ini pada tahun ini berkembang sebanyak 55.9 peratus, sementara jualan domestiknya dan eksport meningkat 49 peratus dan 71 peratus masing-masing.