Ssangyong tekad tingkatkan pemasaran

Ssangyong tekad tingkatkan pemasaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Feb – Ketua Pegawai Eksekutif Ssangyong Motor, Choi Johng-sik mengumumkan syarikat tersebut kini telah menjual sejumlah 10,082 unit pada bulan Januari iaitu sebanyak 6,571 unit jualan di pasaran Korea dan 3,511 jualan eksport.

Disebabkan mansuhnya potongan manfaat penggunaan cukai dan musim yang lembap, jualannya telah menurun 2.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Dalam pasaran Korea, jualan Ssangyong menurun 3.6 peratus dari tahun ke tahun dijejaskan oleh mansuhnya potongan manfaat cukai walaupun Tivoli kekal menunjukkan aliran meningkat dalam jualan, naik 39.4 peratus kepada 3,222 unit pada Januari 2015.

Dalam pasaran luar negeri pula, eksport syarikat sedikit sebanyak meningkat 0.2 peratus dari bulan yang sama tahun lepas di mana eksport Eropah naik lebih 40 peratus dari tahun ke tahun yang dirangsang oleh Tivoli walaupun mata wang won menurun dalam kalangan mata wang pasaran yang membawa kepada penurunan penjualan.

Sementara itu, Ssangyong memperkenalkan barisan model tahun 2016 yang berupaya meningkatkan kebolehpasaran termasuk Korando Sport (nama eksport: Acyton Sports), Korando C (nama eksport: Korando), Rexton W, dan Korando Turis (nama eksport: Rodius) untuk mengembangkan jualan secara agresif.

Jenama Tivoli yang berjaya meningkatkan jualan Ssangyong secara global.
Jenama Tivoli yang berjaya meningkatkan jualan Ssangyong secara global.

Choi Johng-sik dipetik sebagai berkata, “Kami telah menerajui pasaran SUV kompak dengan jualan Tivoli meningkat 39.4 peratus dari tahun ke tahun pada Januari walaupun musim yang lembap,” menambah, “Kami akan meningkatkan jualan global kami dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pasaran yang agresif, meneroka pasaran-pasaran baru dan melancarkan model-model yang dinaik taraf.

ARTIKEL YANG SAMA