SsangYong XLV serba dinamik dilancar

SsangYong XLV serba dinamik dilancar

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Pengedar tunggal SsangYong Motor di sini, T.C.Y Motors Sdn Bhd melancarkan kereta dinamik Ssangyong XLV yang dipertingkatkan rekaannya, di bilik pamerannya di Perindustrian Beribi hari ini.

Model baru jenis Sport Utility Vehichle (SUV) buatan Korea itu dikatakan dinaiktarafkan daripada model Tivoli, menampilkan gaya dinamik dan kelihatan berprestij, namun dengan nilai yang mampu milik.

XLV menawarkan pemanduan selesa, lebih senyap, luas rekaan dalamannya yang memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang sama ada untuk perjalanan jarak dekat mahupun jauh.

Ia juga dilengkapi dengan enjin 1.6 liter petrol dan transmisi enam kelajuan automatik Aisin, selaras dengan sejarah SsangYong yang mempunyai prestasi enjin menakjubkan.

Ruang dalam begitu bergaya dan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi keselesaan pemandunya.
Ruang dalam begitu bergaya dan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi keselesaan pemandunya.
SsangYong XLV dilancarkan kelmarin di bilik pameran T.C.Y Motors, Beribi.
SsangYong XLV dilancarkan kelmarin di bilik pameran T.C.Y Motors, Beribi.

T.C.Y juga memberikan pilihan kepada pelanggan untuk memilih dua jenis warna daripada tujuh warna bagi memastikan pilihan warna bumbung kereta dan spoiler belakang berbeza daripada warna rangka keseluruhan kereta, sebagai tambahan kepada kedinamikan dan gaya urbannya.

Dari segi teknologi keselamatan pula, ia dibina dengan 71.1 peratus besi High Strength Steel, tujuh beg udara termasuk di bahagian kaki, dengan elemen-elemen seperti Program Kestabilan Elektronik (ESP), ABS dan lampu utama LED bagi memastikan keselamatan terjamin.

Sempena pelancaran itu juga, T.C.Y menganjurkan peraduan ‘My XLV Design’ yang mana pemenang akan berpeluang memenangi telefon pintar Samsung S7 Edge dengan hanya mengetik ‘Like’ SsangYong Brunei di laman Facebooknya dan mengikuti Instagram di Ssangyongbru IG.

ARTIKEL YANG SAMA