St.Louis jalani pembersihan besar-besaran

St.Louis jalani pembersihan besar-besaran

ST LOUIS, 3 Jan (Agensi) – Sungai Mississippi dan anak sungai kembali tenang selepas mencatat paras tertinggi dalam sejarah musim sejuk yang mengakibatkan banjir di kawasan bandar, memaksa penduduk berpindah dan meragut berpuluh nyawa.

Berikutan itu, penduduk di sini kini berdepan kerja pembersihan besar-besaran yang bakal mengambil masa selama berminggu-minggu.

Banjir yang berpunca akibat hujan lebih 25 sentimeter selama tiga hari berturut-turut bermula hujung minggu lalu, meragut nyawa 24 orang di Illinois dan Missouri.

‘Proses pemulihan, proses membaik pulih sudah bermula,’ kata Paderi Gereja Central Baptist di Eureka, Missouri yang menjadi antara komuniti yang terjejas akibat banjir di sepanjang Sungai Meramec awal minggu ini.

Paras air dari Sungai Mississippi, Meramec dan Missouri mula menurun pada Jumaat di kawasan St.Louis.

Dua lebuh raya utama – Interstate 44 dan Interstate 55, dibuka semula di selatan St. Louis pada Jumaat dan sebahagian penduduk dibenarkan pulang ke kediaman mereka.