Staf Hangar 1, 2, 4 sertai Khatam Al-Quran

Staf Hangar 1, 2, 4 sertai Khatam Al-Quran

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Lebih 200 orang kakitangan Hangar 1, 2 dan 4 Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia menghadiri Majlis Khatam Al-Quran, Bertahlil, Membaca Doa Arwah dan Majlis Berdikir yang berlangsung di Surau Hangar 4 Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Ahmad.

Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Imam Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, Yang Mulia Imam Haji Awang Muslim bin Haji Abdul Razak.

Majlis khatam Al-Quran itu diikuti dengan majlis bertahlil dan membaca doa arwah, majlis berdikir serta membaca doa selamat.

Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan (ketiga dari kiri) di majlis tersebut.
Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan (ketiga dari kiri) di majlis tersebut.
Sebahagian kakitangan wanita Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika menyertai majlis tersebut.
Sebahagian kakitangan wanita Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika menyertai majlis tersebut.

Sejurus kemudian diadakan penyampaian cenderahati kepada Yang Amat Mulia Pengarah Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebelum semua jemaah menunaikan sembahyang fardu zuhur berjemaah.

Pada majlis itu seramai 33 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengikuti majlis khatam Al-Quran manakala tujuh orang lagi mengikuti majlis berdikir.

ARTIKEL YANG SAMA