Staf MGCSB ikuti taklimat antirasuah

Staf MGCSB ikuti taklimat antirasuah

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 1 Julai – Dalam usaha mendidik kakitangannya dan sebagai salah satu usaha membantu Negara Brunei Darussalam memerangi amalan rasuah di kalangan kakitangan sektor swasta, Syarikat Mashhor General Contractor Sendirian Berhad (MGCSB) menjemput kakitangan dari Biro Mencegah Rasuah (BMR) untuk menyampaikan taklimat mengenai bahaya rasuah serta akibat dari perbuatan keji tersebut.

Forum Antirasuah yang menyaksikan pembentangan kertas kerja dan taklimat mengenai rasuah itu diadakan di Bilik Persidangan MGCSB di G-22, Seria, kelmarin.

Penyiasat Kanan dari BMR, Haji Muhammad Hisham bin Haji Sulaiman dalam taklimatnya mengongsi mengenai apa itu rasuah dan memberikan beberapa tip serta cara bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terjerat ke dalam masalah tersebut.

Menurut MGCSB, taklimat mengenai peranan sektor swasta dalam memerangi rasuah diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran kepada semua kakitangan pengurusan serta pekerja yang lain di bawah syarikat tersebut.

Para kakitangan MGCSB dan penyiasat kanan BMR bergambar ramai semasa taklimat mengenai anti rasuah di Bilik Persidangan MGCSB.
Para kakitangan MGCSB dan penyiasat kanan BMR bergambar ramai semasa taklimat mengenai anti rasuah di Bilik Persidangan MGCSB.

Majlis taklimat itu merupakan sebahagian daripada forum bulanan syarikat tersebut yang juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah MGCSB, Haji Osman bin Haji Omar serta pegawai-pegawai eksekutif yang lain.

Forum itu diketuai oleh Pengurus HSSE Korporat, Awang Mohd. Rizal bin Dr. Haji Abdul Latif dan ia diadakan juga sebelum ini dengan yang pertama dianjurkan di ibu pejabat syarikat di Berakas yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Mashhor Waste Management, Malai Shamil Faris bin Malai Haji Abdul Hamid serta kakitangan syarikat yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA