Staf Pejabat Peguam Negara tidak diabaikan

Staf Pejabat Peguam Negara tidak diabaikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Pejabat Peguam Negara mengadakan majlis tahlil dan doa arwah serta sumbangan derma kepada kakitangan berpendapatan rendah di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

Turut sama hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan di Pejabat Peguam Negara yang lain.

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Haji Abd Hamid bin Haji Bungsu.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada kakitangan yang berpendapatan rendah di Pejabat Peguam Negara yang disampaikan oleh tetamu kehormat, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati.

Tujuan majlis berkenaan diadakan adalah untuk membudayakan amalan berkebajikan di kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara serta mengenang dan mendoakan pegawai dan kakitangan yang telah kembali ke Rahmatullah dan kaum keluarga yang telah tiada.

Di samping itu, majlis ini bertujuan untuk menanamkan rasa prihatin dan pemedulian kepada kakitangan yang berpendapatan rendah agar mereka juga dapat merasakan kemeriahan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.