Star Madang menang 5-1

Star Madang menang 5-1

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Star Madang tidak menghadapi masalah untuk menundukkan Liverpool Supporters Club Brunei (LSCB) 5-1 pagi ini dalam perlawanan pertama Kumpulan C Futsal Piala Perdana TelBru 2015.

Bagaimanapun LSCB yang bermula garang dengan sudah menemui sasaran di gawang lawan seawal minit kedua yang dijaringkan oleh Ahmad Marwan.

Namun Star Madang segera membalas dengan dua gol dalam tempoh dua minit bermula dengan jaringan Awangku Abdul Rahman pada minit ke-3, disusuli dengan jaringan Awangku Abdul Rahim hanya selang seminit kemudian.

Kedudukan 2-1 perlawanan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu ternyata kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

Star Madang yang berjaya menewaskan LSCB (merah) 5-1 dalam saingan Kumpulan C pagi tadi.
Star Madang yang berjaya menewaskan LSCB (merah) 5-1 dalam saingan Kumpulan C pagi tadi.

Tujuh minit selepas rehat Star Madang bertambah selesa dengan kedudukan 3-1 apabila giliran Mohd Sufri pula membolosi gawang LSCB.

Dua lagi jaringan Star Madang hadir lewat dengan gol keempatnya dihasilkan Awangku Md Firdaus pada minit ke-37 dan kemudian gol kelimanya menjelma pada minit ke-39, hasil jaringan Mohd Jasmin.

ARTIKEL YANG SAMA