Starbucks Brunei perkenal Starbucks Fizzio

Starbucks Brunei perkenal Starbucks Fizzio

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Starbucks Brunei telah menambahkan lagi portfolio minuman sejuk mereka dengan memperkenalkan minuman bersoda terbarunya dinamakan Starbucks Fizzio yang akan boleh mula didapati pada 9 Ogos depan.

Starbucks Fizzio yang hanya boleh diperolehi di cawangan Starbucks Beribi dibuat khas menggunakan mesin ‘The Starbucks Fizzio’ bagi memuaskan keperluan pelanggan menginginkan cita rasa minuman bersoda segar seharian.

Minuman Fizzio yang diperkenalkan adalah ‘Starbucks Iced Shaken Lemon Fizzio Zen’ dan ‘Starbucks Iced Shaken Lemon Fizzio Passion’ sebagai minuman perisa lemon digabungkan dengan teh hijau atau buah markisa yang memberi kesegaran disediakan sejuk dan berkarbonat.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Strategi Digital Starbucks Malaysia dan Brunei, Salleharon semasa sidang media pengenalan produk tersebut menjelaskan, setiap Starbucks Fizzio tidak mengandungi perisa tiruan, tanpa pengawet atau fruktosa sirap jagung yang tinggi dan mempunyai 100 kalori sahaja.

Menurutnya lagi, pelanggan juga boleh mengawal permintaan paras soda dan gula dalam minuman mengikut kesesuaian mereka.

Starbucks Brunei memperkenalkan hidangan minuman berkarbonat di bawah produk Starbucks Fizzio bermula 9 ogos ini nanti.
Starbucks Brunei memperkenalkan hidangan minuman berkarbonat di bawah produk Starbucks Fizzio bermula 9 ogos ini nanti.

“Antara yang menjadi pilihan dalam menu minuman terbaru ini termasuk ‘Iced Coffee Fizzio’ sebagai minuman kopi premium Starbucks dengan tambahan campuran soda”.

Iced Coffee Fizzio direka bagi setiap individu yang minat kopi sejuk soda sekali gus memberi rasa unik baru bagi kopi kegemaran mereka.

“Kami mendengar daripada pelanggan kami, bahawa mereka mencari sesuatu yang lebih segar, minuman sejuk terutama semasa cuaca panas di Brunei,” kata Pengarah Urusan Stabucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays.

Minuman Starbucks Fizzio sesuai bagi hidangan bersama makanan seperti sandwic atau makanan ringan semasa makan tengah hari dan petang.