Starbucks lancar teh berkualiti Teavana

Starbucks lancar teh berkualiti Teavana

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Bagi memperkenalkan minuman terbarunya, Starbucks Brunei telah melancarkan minuman teh berkualiti Teavana di seluruh negara, kelmarin.

Menurut Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays, Starbucks kini bukan hanya menjual kopi premium tetapi juga fokus kepada teh. Hidangan Teavana Handcrafted Beverages terdiri daripada tiga jenis minuman iaitu Black Tea with Ruby Grapefruit and Honey, Iced Shaken Green Tea with Aloe and Prickly Pear dan Matcha & Espresso Fusion.

Teavana adalah jenama asal Amerika Syarikat yang dihidangkan khusus dengan teh-teh berkualiti dari pelbagai negara.

Sempena pelancaran itu juga, Starbucks Brunei turut menyumbangkan sebanyak 32 gelas minuman jenama Teavana kepada Brunei Press Sdn Bhd, kelmarin iaitu Matcha & Espresso Fusion dan Green Tea with Aloe & Prickly Pear bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-duanya.

Matcha & Espresso Fusion.
Matcha & Espresso Fusion.
Green Tea with Aloe & Prickly Pear.
Green Tea with Aloe & Prickly Pear.

ARTIKEL YANG SAMA