Starbucks, Nike sokong tenaga diperbaharui

Starbucks, Nike sokong tenaga diperbaharui

NEW YORK, 23 Sept (AFP) – Syarikat-syarikat besar Amerika Syarikat (AS) termasuk Walmart, Starbucks dan Nike berikrar hari ini untuk bergerak sepenuhnya kepada tenaga diperbaharui dalam jangka panjang sebagai sebahagian daripada usaha global menangani perubahan iklim.

Sebuah pertubuhan bukan untung, Kumpulan Iklim mengumumkan tambahan terbaru dalam kempen mereka semasa acara hujung minggu di New York yang berhasrat untuk membina momentum bagi persetujuan global untuk mengatasi perubahan iklim.

Syarikat barangan pengguna, Johnson & Johnson dan Procter & Gamble dan perbankan pelaburan besar, Goldman Sachs juga menyertai usaha itu.

“Misi kami adalah untuk membantu orang ramai hidup lama, sihat dan hidup gembira. Kami memahami kaitan intrinsik antara persekitaran sihat dan kesihatan manusia,” kata Alex Gorsky, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johnson & Johnson.

ARTIKEL YANG SAMA