Starbucks perkenal minuman baru

Starbucks perkenal minuman baru

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Starbucks Brunei memperkenalkan dua minuman Frappuccino baru sempena musim panas bermula pada 14 Julai yang lalu di bawah tema musim panasnya, “Sip, Sip, GO!”.

Kedu-duaa hidangan minuman yang baru itu ialah Triple Coffee Jelly Frappuccino Blended Beverages dan Green Tea Panna Cotta Frappuccino Blended Beverages (gambar).

Triple Coffee Jelly Frappucccino adalah minuman untuk penggemar kopi, hasil inspirasi dari kopi terbaik Starbucks di seluruh dunia. Adunan tiga kopi Starbucks dari Sumatera, Itali dan Espresso Roast memiliki keenakan daripada lapisan demi lapisan termasuk lapisan jeli kopi, hancuran ais kopi dan ekspreso krim putar serta ditaburi serbuk kopi.

Manakala Green Tea Panna Cotta Frappuccino pula adalah gabungan Panna Cotta (puding susu manis klasik) dengan teh hijau dikisar bersama. Lapisan berkrim puding Panna Cotta menjadi minuman dan dilapisi pula teh hijau yang dikisar untuk menjadikannya lebih berkrim.

pg12_150806_d

“Musim panas adalah musim yang istimewa di Starbucks dan Frappuccino menjadi tanda sambutan bagi musim ini di Brunei,” kata Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays.

“Kami tahu pelanggan memiliki keghairahan untuk menikmati dan menerokainya dan kami mencipta rasa Frappuccino baru ini untuk mencetuskan saat-saat menyeronokkan dan inspirasi untuk menjalani musim seterusnya,” ujarnya lagi.

Kedua-dua hidangan minuman baru menyegarkan ini boleh didapati di mana-mana cawangan Starbucks di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA