Starbucks tampil minuman Frappuccino terbaru

Starbucks tampil minuman Frappuccino terbaru

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Starbucks Brunei menampilkan minuman terbaru Frappuccino® Blended Beverages iaitu Roasted Marshmallow S’Mores, Key Lime Pie dan Summer Berry Panna Cotta sempena musim panas dengan temanya ‘Sip Outside the Lines’.

Roasted Marshmallow S’Mores merupakan hidangan klasik musim panas yang menggabungkan rasa gula-gula marshmallow panggang dengan coklat dan biskut graham.

Key Lime Pie pula minuman manis yang diinspirasikan daripada pencuci mulut klasik yang menyegarkan dengan seduhan jus limau nipis, dihiasi dengan lapisan krim putar dan taburan biskut graham, suatu gabungan seimbang, ada rasa manis, masam dan berkrim – sesuai dinikmati semasa musim panas.

Sementara itu, minuman Summer Berry Panna Cotta menggabungkan puding susu klasik dengan pelbagai jenis buah beri untuk mewujudkan lapisan indah lagi enak yang dimulakan dengan puding Panna Cotta diikuti dengan kisaran segar beri musim panas dan di atasnya dilapisi krim putar dengan taburan tart buah beri.

Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays berkata, para pelanggan gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dan bagi meraikan musim panas ini dengan cara lebih seronok, Starbucks turut memperkenalkan minuman terbaru Frappuccino ini untuk semangat yang lebih mencabar.

Roasted Marshmallow S’Mores dan Summer Berry Panna Cotta antara minuman terbaru Frappuccino® Blended Beverages.
Roasted Marshmallow S’Mores dan Summer Berry Panna Cotta antara minuman terbaru Frappuccino® Blended Beverages.

“Perisa baru Frappuncino ini dapat membawa para pelanggan meneroka satu perjalanan yang diinspirasikan oleh pengalaman klasik musim panas. Kami ingin memberi inspirasi tentang imaginasi keseronokan dengan kehadiran musim panas ini,” ujarnya.

Ketiga-tiga minuman baru Frappuccino® Blended Beverages yang menyegarkan ini boleh didapati di mana-mana cawangan Starbucks di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA