Stars FC tewaskan PIP B 6-1

Stars FC tewaskan PIP B 6-1

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Dean Kassim

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April – Anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim hari ini berkenan menyertai pasukannya Stars FC dalam Perlawanan Bola Sepak Bawah 12 tahun 7 Orang Sepasukan ketika waktu rehat perlawanan di antara Brunei DPMM FC menentang Albirex Niigata FC (S) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

Turut serta dalam pasukan berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb yang menentang Pasukan Projek Ikan Pusu B (PIP B) yang berkesudahan dengan jaringan 6-1 berpihak kepada Pasukan Stars FC.

Menemani Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia dalam perlawanan selama 14 minit berkenaan ialah Mohd Eddy Shahrol @ Khairul Izzat, Muhd Bazli, Muhd Amirul Safwan, Mohd Arif, Musthofa Arif, Mohd Wazif Shahmi dan Mohd Nabil Bazli.

Sementara itu, Pasukan PIP B pula diwakili oleh Mohd Azwan, Nabil Hazif, Muhd Adlisam, Adam Syafi, Muhd Haziq Asyraf, Muhd Amir Imadudeen, Muhd Rezekiman, Abdul Aziz, Mohd Azinul Hafiz dan Mohd Shafiq Fadzillah.

Aksi Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dalam perlawanan Stars FC menentang PIP B.
Aksi Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dalam perlawanan Stars FC menentang PIP B.