Statistik leb...

Statistik lebih menarik, mulanya di Sungkai

SUNGKAI, Perak Darul Ridhwan – Pada 2009, Ketua Ahli Ekonomi Google meramalkan Perangkawan sebagai kerjaya paling “seksi” pada dekad akan datang. Bagi Pengarah Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) di Sungkai, Perak, Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri, ini adalah satu cabaran bagi beliau untuk menjadikan statistik “seksi” dan menarik untuk orang ramai. Wan Mohd Shahrulnizam, yang juga ahli ekonomi, kini bersedia dengan pendekatan baharu supaya data yang dikeluarkan mudah difahami dan bermanfaat untuk semua dan beliau percaya ia boleh direalisasikan di Sungkai.

“Mengapa Sungkai, tiada apa yang ada di sini, para peserta akan berkata sebelum datang ke sini. Oleh itu, di sini di ILSM, kami telah mewujudkan persekitaran yang selesa dan mesra alam sekitar untuk semua,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di pejabat beliau di sini baru-baru ini.

Berasaskan maklum balas warga kerja Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), yang beliau anggap “cerewet”, Wan Mohd Shahrulnizam berkata elemen-elemen “mesra” diserapkan di institut ini bagi membolehkan peserta mengikuti kursus dengan selesa.

Laman hijau

Terletak di kawasan seluas 16.19 hektar (40 ekar), institut di bawah DOSM ini tersergam indah dan dipenuhi dengan rumput hijau dan tanaman subur, satu laman kecil yang ditanam dengan flora di kawasan premis latihan. Dikenali dengan ‘Laman Ilmu,’ hasil nukilan Ketua Pengarah DOSM dan Ketua Perangkawan, Datuk Dr Haji Abdul Rahman Hasan, yang berhasrat mewujudkan landskap yang selesa dan ‘mesra alam sekitar’ di kawasan institut.

ILSM, yang mula beroperasi pada 3 Jan, 2012, dijadual dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah tahun ini.
ILSM, yang mula beroperasi pada 3 Jan, 2012, dijadual dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah tahun ini.

Dalam perancangan termasuk mewujudkan mini jimnasium, padang golf par-3 dan kawasan jogging tahun ini, katanya. “Di Sungkai, kami cuba mewujudkan persekitaran yang membolehkan masyarakat di keliling kami memahami statistik. Mungkin pada masa akan datang, Sungkai boleh menjadi bandar statistik,” kata Wan Mohd Shahrulnizam.

Sungkai, kira-kira 124 km dari Kuala Lumpur adalah pekan kecil di antara Bidor dengan Slim River melalui Lebuh Raya Utara Selatan. ILSM, yang mula beroperasi pada 3 Jan, 2012, dijadual dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah tahun ini. Ia dibina dalam dua fasa di bawah Rancangan Malaysia kesembilan dan ke-10, dengan jumlah kos RM66 juta.

‘Running man’

Bagi ‘memasyarakatkan statistik’, Wan Mohd Shahrulnizam berkata institut ini telah melancarkan projek rintis tahun ini yang dinamakan ‘Running Stats’ dalam kalangan pelajar untuk menjadikan mereka celik statistik. ‘Running Stats’, yang dikendalikan di bawah Pelan Transformasi DOSM 2020, berasaskan konsep yang digunakan dalam program aneka ragam popular Korea Selatan ‘Running Man’. Ia kerjasama ILSM dengan pejabat pelajaran daerah Batang Padang dan tiga sekolah dari pelbagai aliran.

Beliau berkata beberapa ceramah telah diadakan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan pensyarah di bawah misi celik-statistik DOSM berikutan Memoranda Persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan 11 universiti.

“Kami cuba membuka minda tentang statistik. Statistik perlu dilihat dari sudut seni dan bukannya matematik. Jika dilihat sebagai matematik, maka ia sudahpasti sesuatu yang berat. Ia adalah pemikiran logik. Kita di DOSM tidak boleh terlalu selesa dengan jargon. Kita perlu memudahkan statistik supaya masyarakat boleh faham.”

Program-program DOSM, katanya, adalah selaras de-ngan pendekatan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) terhadap data dan statistik, ‘Better Data, Better Lives’ (Statistik Yang Baik, Hidup Yang Lebih Baik’) yang dilancarkan sempena Hari Statistik Sedunia pada 20 Okt, 2015.

Celik statistik

“Peranan utama kami ialah memastikan data menjadi statistik, dan statistik menjadi maklumat. Dengan maklumat, masyarakat boleh faham dan menggunakannya. Data mungkin tidak boleh menjadi statistik jika masyarakat tidak faham. “Institut memainkan peranan utama untuk mengekalkan integriti dan menyakinkan orang ramai bahawa kami menghasilkan statistik yang boleh dipercayai.

“Misi kami adalah mewujudkan masyarakat yang celik statistik, dan apabila kadar celik meningkat, dasar kita pun berdasarkan ‘evidence-based decision making’ (membuat keputusan berdasarkan fakta) dan bukan mengikut sentimen,” katanya. “Apa yang berlaku sekarang adalah perangkawan kita di belakang tabir. Bagaimana hendak memasyarakatkan statistik jika mereka berada di belakang tabir?

Sungkai, kira-kira 124 km dari Kuala Lumpur adalah pekan kecil di antara Bidor dengan Slim River.
Sungkai, kira-kira 124 km dari Kuala Lumpur adalah pekan kecil di antara Bidor dengan Slim River.

Mantera kami sekarang adalah mendekati masyarakat dengan menarik danmemudahkan statistik untuk masyarakat. Jika masyarakat tidak faham, mereka mulameragui statistik yang dikeluarkan itu boleh dipercayai atau tidak. Oleh itu, apa yang mereka perolehi berdasarkan sentimen,” kata Wan Mohd Shahrulnizam.

Indeks harga pengguna

Sebagai contoh, Indeks Harga Pengguna (CPI) yang mengukur purata perubahan harga, katanya, jabatan lebih cenderung mengguna jargon ini semasa berkomunikasi dan tidak menggunakan kaedah mudah untuk mendekati masyarakat. “Orang ramai tidak faham apa itu CPI. Ia antara faktor untuk mengukur inflasi. Ia mengukur perubahan pada harga yang dibayar oleh pengguna bagi kompo nen barang dan perkhidmatan.

Jika jabatan mengumumkan angka CPI pada bulan ini jatuh 1.4 peratus, ia tidak bermakna kesemua harga barang telah menurun 1.4 peratus. Ia perlu dilihat secara menyeluruh,” jelas beliau. “Seorang suri rumah mungkin bertanya mengapa harga sayur dan ikan yang dibeli di pasar lebih mahal pada bulan itu berbanding dengan harga yang dikeluarkan oleh jabatan.

Orang ramai tidak faham ke-rana pihak jabatan sendiri tidak bersama mereka. Kita tidak memudah carakan statistik. Tetapi apabila kita menggunakan infografik, orang ramai tidak faham. Samalah juga, kita perlu memasyarakatkan statistik,” katanya.

Dakwaan pembangkang

Ditanya bagaimana beliau menangani dakwaan pembangkang bahawa kerajaan memanipulasikan statistik, Wan Mohd Shahrulnizam berkata,”Sungkai adalah di bawah pembangkang, bukan Barisan Nasional. Menyediakan maklumat yang mantap mengenai statistik adalah satu cabaran.”

“Bukan itu sahaja. Sungkai, dengan jumlah penduduk 30,000 orang, lebih tertumpu kepada agama Islam. Bagi memenangi hati dan jiwa rakyat di sini, ILSMmenganjurkan majlis berbuka puasa, termasuk program bubur lambuk dengan masyarakat Islam di masjid.” Tahun ini, ILSM melancarkan tabung Ramadan dengan mengumpul wang untuk didermakan kepada golonganmiskin. Di samping itu, institut juga membantu melalui kegiatan gotong royong dan memastikan anak yang tidak bersekolah menerima pendidikan.

Untuk masa hadapan, beliau bersependapat dengan Ketua Ahli Statistik DOSM yang berhasrat melihat institut ini muncul sebagai pusat kecemerlangan untuk Malaysia.

Sebagai pengarah ILSM, Wan Mohd Shahrulnizam berkata beliau akan memastikan visi jabatan ini untuk menjadi pusat global terkenal, direalisasikan danseterusnya mencapai sasaran beliau untuk menjadikan ILSM insitut latihan yang unggul menjelang 2020.

“Setakat ini, kami berada pada landasan yang tepat, bersaing dengan organisasi statistik antarabangsa dan bekerjasama dengan UN dalam pembangunan modal insan dan setiap tahun dengan ASEAN dalam alam sekitar,” katanya. – Bernama