Steele juarai Terbuka Safeway

Steele juarai Terbuka Safeway

LOS ANGELES, 17 Okt – Brendan Steele memadamkan memori pahit tahun lalu ketika tewas pada pusingan akhir, menamatkan saingan dengan tiga birdie berturut-turut awal pagi ini untuk memenangi Terbuka Safeway, Jelajah PGA Amerika Syarikat yang berlangsung dalam hujan.

Steele, yang mendahului di sepanjang 54 lubang tahun lalu tetapi kemudian melakukan 76 pukulan pada pusingan akhir apabila pemain baru, Emiliano Grillo mengatasinya bagi menjulang kejuaraan, mencatat tujuh bawah par 65 di Silverado Resort di Napa, California dengan keseluruhan 18 bawah par 270.

Dia mendahului satu pukulan di depan pendahulu lubang ke-54, Patton Kizzire yang merekodkan 70 dengan keseluruhan 271 pukulan.

Pemain England, Paul Cassey merekod 69 pukulan untuk berkongsi tempat ketiga dengan keseluruhan 272 disamping pemain Korea Selatan kelahiran Amerika Syarikat, Michael Kim dan pemain Amerika Syarikat, Johnson Wagner dan Scott Piercy.

Reaksi Steele bersama trofi kejuaraannya selepas memenangi Terbuka Safeway di Napa, semalam. – AFP
Reaksi Steele bersama trofi kejuaraannya selepas memenangi Terbuka Safeway di Napa, semalam. – AFP

Kim mengakhiri saingan dengan 67 pukulan sementara Wagner dan Piercy, kedua-duanya mencatat 70 pukulan.

“Ini adalah mengagumkan,” kata Steele mengenai gelaran kedua PGA AS yang dimilikinya.

“Kemudian, ini ada sedikit sebanyak pembalasan daripada tahun lalu. Saya mendahului 54 lubang di sini tahun lalu dan sehinggalah sembilang lubang akhir namun saya terpaksa bergelut.”

“Jadi ia adalah seronok dapat mengakhirinya dengan cara ini,” kata Steele. – AFP