Stefan William & Celine Evangelista akhirnya berkahwin

Stefan William & Celine Evangelista akhirnya berkahwin

BALI – Pasangan sensasi Indonesia, Stefan William, 23, dan Celine Evangelista, 24, memilih Vila Uluwatu, Bali sebagai lokasi penyatuan hari bersejarah mereka sebagai suami isteri.

Merpati dua sejoli itu disatukan dalam majlis serba meriah kira, manakala majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di lokasi yang sama.

Walaupun baru enam bulan menyemai cinta, Stefan dan Celine nekad membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan selepas mengakui mempunyai keserasian.

Terdahulu, berita perkahwinan mereka disahkan sendiri pelakon jelita itu sebaik tersebar gambar pra-perkahwinan pasangan terbabit di laman sosial pada 4 November lalu.

Pasangan sensasi Indonesia, Stefan William dan Celine Evangelista berkahwin selepas enam bulan menjalinkan hubungan percintaan.
Pasangan sensasi Indonesia, Stefan William dan Celine Evangelista berkahwin selepas enam bulan menjalinkan hubungan percintaan.

Kisah hangat mereka mula diperkatakan selepas Celine yang berstatus ibu tunggal kepada dua anak dilihat mulai rapat dengan aktor berkenaan, sekali gus dituduh menjadi punca perpisahannya dengan aktres muda, Nastasha Willona.

Lebih panas apabila kedua-duanya didakwa mahu berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa disebabkan muncul khabar angin kononnya Celina hamil tetapi dinafikan mereka.

Dari sudut kematangan, meski pun setahun lebih muda daripada isterinya, aktor berdarah campuran Amerika Syarikat dan Indonesia itu berjanji menjaga Celine dan anaknya sebaik mungkin.

Terdahulu, ibu Celine kesal dengan keputusan anak perempuannya selain enggan memberikan restu kepada Celine dengan alasan keputusan dilakukan tanpa persetujuan keluarga.

ARTIKEL YANG SAMA