Steffi Graf inspirasi Serena

Steffi Graf inspirasi Serena

NEW YORK, 1 Sept (AFP) – Juara bertahan tiga kali Serena Williams yang memburu kejayaan yang pernah dilakar oleh Steffi Graf, memuji bintang Jerman yang bersara itu dengan memberikannya disiplin mental semalam selepas mara ke pusingan kedua Terbuka AS.

Pemain nombor satu dunia itu memerlukan 30 minit untuk mara dengan 6-0, 2-0 ke atas pemain ranking ke-86, Vitalia Diatchenko di Stadium Arthur Ashe, mencatatkan kejayaan Terbuka AS ke 22 berturut-turut sejak kekalahan dalam final 2011 kepada Samantha Stsour dari Australia apabila pemain dari Rusia itu terpaksa berhenti bersaing kerana mengalami kecederaan kaki kiri.

Williams cuba untuk melengkapkan kalendar tahun pertama Grand Slam sejak Graf mencatatkannya pada 1988 dan rekod persaingan Terbuka Era Graf bagi 22 mahkota perseorangan Grand Slam, hanya dua lagi gelaran untuk menyamai rekod sepanjang masa Margaret Court dari Australia.

“Amat menarik berada di Stadium Arthur Ashe ini untuk menjadi pemain AS, untuk berada dalam perjalanan ini sepanjang kehidupan saya,” kata Williams mengenai pemburuan sejarahnya.

Serena melambai ke arah penonton selepas Diatchenko menarik diri semalam. – AFP
Serena melambai ke arah penonton selepas Diatchenko menarik diri semalam. – AFP

“Ia adalah luar biasa. Ini adalah Grand Slam terakhir tahun ini kerana jika ia di negara berbeza, saya merasakan masih menyukainya tetapi tidak sama sebagai pemain AS yang beraksi di New York kerana saya beraksi bagi tujuan yang penting.”

Williams memuji keupayaannya untuk fokus dan berusaha untuk konsisten dalam permainannya untuk ciri-ciri ‘lama’ jelasnya datang daripada menonton kekuatan dan kehebatan pemain bintang seperti Graf dan Monica Seles ketika kecil.

“Saya rasa mungkin ia datang daripada pembesaran dan menonton terlalu banyak pertandingan tenis, menikmati Steffi dan Moncia pada era tersebut,” kata Williams.

“Mereka pemain yang memiliki mental bagus – hanya melihat keadaan itu dan dipengaruhi oleh pertandingan memikirkan satu hari saya akan berada di sana.”

Williams tidak menyukai satu idea yang mengganggu, temu bual televisyen ketika pertandingan seperti yang dilakukan Coco Vandeweghe semalam.