Stegen enggan ubah penampilan

Stegen enggan ubah penampilan

BARCELONA, 3 Okt – Penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen menegaskan dia tidak akan menukar gaya rangginya biarpun kesilapan besar yang menjejaskan juara Sepanyol itu tewas 4-3 kepada Celta Vigo semalam.

Tiga jaringan Celta pada 11 minit separuh masa pertama dari Pione Sisto, lago Aspas dan jaringan sendiri Jeremy Mathieu menyaksikan Barca terjejas sebelum kebangkitan semula separuh masa kedua menyaksikan Gerard Pique dan sepakan penalti Neymar membawa pasukan pelawat kembali dalam perlawanan.

Bagaimana pun, penjaga gol dari Jerman itu membuat sepakan tinggi ke atas kepala Pablo Hernandez bagi jaringan keempat Celta untuk menamatkan harapan bagi kebangkitan semula sebelum Pique menanduk masuk gol ketiga Barca.

“Jika saya tidak melakukan kesilapan kami berpeluang untuk memenangi perlawanan,’ kata Ter Stegen.

“Ia adalah kesilapan yang tidak dapat saya lakukan. Ia adalah salah saya, tetapi, walaupun ia berlaku, saya tidak akan menukar cara saya beraksi.”

Ter Stegen mencatatkan rekod La Liga bagi hantarna lengkap oleh penjaga gol itu awal musim ini di Athletic Bilbao dan Pique mempertahankan keupayaan pemain itu, 24, untuk menghasilkan serangan Barca dari belakang.

“Kami tahu Marc bagus dengan kakinya. Dia memberikan kami banyak dan banyak pergerakan yang bagus menerusinya,’ kata Pique, yang hampir menghasilkan hatrik apabila membuat dua kali tandukan yang tersasar pada penamat perlawanan.

“Kita semua melakukan kesilapan dan tahu ia tidak akan menjejaskannya.”

Kekalahan bermakna Barca terlepas peluang untuk berada di atas dalam aksi La Liga ketika Real Madrid seri bagi perlawanan keempat berturut–turut ketika mereka terikat seri 1-1 di laman sendiri kepada Eibar.

Atletico Madrid dan Real mendahului Barca dengan dua mata selepas Atletico mengetepikan dua sepakan penalti diselamatkan untuk menewaskan Valencia 2-0. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA