Stenson, Johnson dahului hari pertama

Stenson, Johnson dahului hari pertama

TACOMA, 19 Jun (AFP) – Pemain Amerika Syarikat (AS), Henrik Stenson dan Dustin Johnson dari Sweden berkongsi kedudukan sebagai pendahulu hari pertama Terbuka AS sebentar tadi, selepas mencatat lima bawah par 65 di Kelab Golf Chambers Bay, di sini.

Ketinggalan satu pukulan di belakang adalah Patrick Reed dari AS manakala Matt Kuchar, Ben Martin dan pemain amatur, Brian Campbell, mencatatkan 67 pukulan tiga di bawah par untuk berkongsi di tempat ketiga.

Juara Masters, Jordan Spieth, pula terpaksa berpuas hati dengan catatan 68 dua bawah par untuk berkongsi kedudukan dengan enam pemain di tangga keempat.

Pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy pula berdepan kesukaran apabila hanya mampu mencatat dua atas par 72 untuk terikat dengan lebih 10 pemain di kedudukan kelapan.

Tiger Woods pula terus mempamerkan persembahan buruk apabila mencatatkan 10 atas par 80 untuk berada pada kedudukan ketiga terakhir. Rakannya, Rickie Fowler pula berada di tempat kedua terakhir dengan catatan 11 atas par 81.

ARTIKEL YANG SAMA